KUALA LUMPUR: Selangor FC dijangka mengumumkan ketua jurulatih baharu dalam seminggu lagi bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang telah berhijrah ke kelab Liga Thailand, Police Tero.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihaknya kini dalam penilaian terakhir setelah menyenarai pendek empat calon, terdiri daripada tiga calon luar negara dan seorang jurulatih tempatan.
Beliau berkata semua yang telah ditemu duga untuk menerajui skuad Gergasi Merah itu sedar bahawa mereka harus bekerja dengan bajet dan pilihan pemain sedia ada untuk mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) 2024-25 yang membuka tirai pada Mei ini, serta saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
"Itu merupakan cabaran untuk jurulatih baharu, tetapi ketika temu duga semua calon faham dengan situasi bahawa skuad kita hampir penuh dan dah berbelanja, dari segi bajet. Mereka perlu kerja dengan apa (bajet, pemain) yang ada, sekurang-kurangnya sehingga jendela pemindahan kedua," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Selangor FC dan AEON Big di sini hari ini.
Johan turut menghentikan spekulasi berkaitan bekas jurulatih kebangsaan Thailand, Alexandre Polking.
"Beliau seorang jurulatih yang baik, tapi bukan seorang daripada calon kita. Kita ada mempertimbangkan beliau, terima resumenya tapi tidak disenarai pendek," katanya sambil memaklumkan tiga calon luar negara yang disenarai pendek tidak pernah membimbing pasukan Asia Tenggara tapi di peringkat Asia.
Skuad Gergasi Merah pada 28 Feb mengumumkan bahawa Cheng Hoe yang juga bekas jurulatih kebangsaan telah menamatkan kontraknya serta-merta manakala pembantunya, Nidzam Jamil dilantik selaku ketua jurulatih sementara (interim).
Sejak dilantik pada September 2022, Cheng Hoe telah membantu Selangor menjadi naib juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super 2023 sekali gus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke ACL2 musim ini.
Mengulas mengenai persiapan pramusim di Bangkok, Thailand pada bulan lepas, Johan berkata kem latihan itu lebih kepada membentuk keserasian pasukan dengan kehadiran beberapa pemain baharu seperti Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Nooa Laine dan Azim Al Amin.
"Ia merupakan satu-satunya masa semua pemain ada bersama, kerana kini lapan pemain berada di kem latihan pusat skuad kebangsaan manakala pemain bawah-23 kebangsaan (B-23) juga akan memulakan kem latihan selepas ini.
"Kita mungkin akan bermain aksi pemanas badan dengan pasukan tempatan kerana liga di negara-negara jiran masih berlangsung," katanya.
Sementara itu, Nidzam yang juga seorang daripada jurulatih dikaitkan sebagai pengganti Cheng Hoe berkata beliau sentiasa akan memberi sepenuh bakti, tenaga dan fokus buat Selangor, tidak kira apa jawatan yang dijawatnya.
"Saya masih ketua jurulatih interim, walaupun saya menjadi penolong ketua jurulatih, jurulatih kecergasan atau pegawai biasa, saya akan sentiasa hormati keputusan pengurusan untuk terus memberikan khidmat kepada Selangor," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan AEON Big Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata pihaknya mahu meneruskan kerjasama dengan skuad Gergasi Merah buat tahun kedua dengan harapan untuk mengukuhkan bola sepak di negara ini serta sebagai cara usaha mendekati masyarat, khususnya penyokong Merah Kuning.
"Menerusi kerjasama ini, jersi dan barangan Selangor FC dijual di cawangan terpilih kami. Harap selepas ini (jersi) pasukan lain akan dijual juga. Kolaborasi Red Giants Team Card juga diteruskan bagi memberi promosi khas buat pemegang kad," katanya.
Kerjasama itu menyaksikan AEON Big menyediakan barangan keperluan untuk kegunaan kesemua pasukan Selangor, dari skuad utama hingga bawah-17, termasuk wanita dan futsal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon (kanan) ketika ditemui media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara AEON BiG dan Selangor FC hari ini. - Foto Bernama
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Penolong jurulatih baharu Selangor FC masih diteliti - Johan Kamal
Pembantu jurulatih baharu Selangor FC masih dalam pemilihan ketua jurulatih kelab itu Nidzam Jamil.
Nidzam Jamil bakal naik pangkat sebagai pengendali tetap Selangor
Johan Kamal mengesahkan bekas jurulatih Thailand, Alexandre 'Mano' Polking tidak akan dilantik untuk mengemudi The Red Giants.
Selangor FC umum pengganti Cheng Hoe dalam seminggu
Selangor FC dijangka mengumumkan ketua jurulatih baharu dalam seminggu lagi bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang telah berhijrah.
'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad mempamerkan persembahan terbaik selepas menyarung jersi Penang FC secara pinjaman daripada Selangor FC.
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
Netizen ternganga video perkenalkan Nooa Laine
Nooa juga mempunyai satu kap senior bersama Harimau Malaya, yang dicapainya ketika menentang Turkmenistan pada 23 Mac 2023.