Selepas Dato Seri Vida taja TRW, Kedah pula bakal dapat tajaan hartawan?

Madiha Abdullah
Januari 10, 2016 08:15 MYT
Kedah dikatakan pasukan bertuah yang bakal mendapat penajaan tersebut.
SELEPAS Dato Seri Vida, melalui syarikatnya, Vida Beauty, sah menjalin kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai penaja, kini timbul pula soseh-soseh di media sosial yang mengatakan sebuah lagi pasukan bola sepak akan mendapat tajaan daripada seorang ahli perniagaan.
Cakap-cakap di media sosial membawa perkhabaran bahawa pasukan yang bertuah itu adalah juara Liga Perdana 2015, Kedah.
Menurut cerita yang tersebar, hartawan yang tersenarai di antara individu paling kaya di Malaysia itu telah bermurah hati untuk memberikan tajaan bernilai sekitar RM35 juta.
Lebih menarik, tajaan itu dikatakan diberi sebagai satu bentuk 'sumbangan' kepada negeri asalnya, tanpa mengenakan sebarang syarat.
Malah ada juga yang melaporkan hartawan berkenaan sudah bersiap-sedia membawa masuk dua pemain prolifik di liga antarabangsa.
Namun di sebalik keterujaan penyokong, ada juga yang melihat khabar yang tersebar itu sebagai satu permainan psikologi dari penyokong bola sepak Kedah.
BACA: KAFA setuju dua syarat tajaan, dedah Datuk Seri Vida
BACA: Datuk Seri Vida sedia tajaan cecah lapan angka buat TRW
Ini kerana, permulaan untuk Dato Seri Vida memulakan langkah memberi tajaan untuk pasukan Kelantan juga bermula dari cakap-cakap di media sosial.
Siapa tahu kali ini, media sosial sekali lagi boleh memainkan peranan dalam membantu Lang Merah pula mendapat tajaan bernilai puluhan juta ringgit?
#Dato Seri Vida #Kedah #Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)