KUALA NERUS: Beraksi di laman sendiri di hadapan lebih 11,000 penonton dan semangat para pemain yang mahu menang menjadi antara kunci kejayaan pasukan Terengganu FC menundukkan Kedah Darul Aman FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam tadi.
Pengendali Skuad Penyu Nafuzi Zain berkata walaupun pemain beraksi dalam 'kepenatan' susulan jadual perlawanan yang padat, sokongan padu peminat bola sepak seolah-olah memberi penggalak tambahan kepada TFC untuk mengejar kemenangan sekali gus melayakkan diri ke suku akhir Piala FA.
"Perjalanan yang sukar (bagi pasukan TFC) tapi dengan usaha, komitmen dan karakter para pemain yang ditunjukkan...alhamdulillah rezeki Terengganu malam ini, sukar nak gambarkan kejayaan malam ini.
"Para pemain yang bersungguh-sungguh mahu melangkah jauh (menang) dan dari segi peminat yang memenuhi stadium, para pemain seperti lupa sedikit kepenatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu malam tadi.
Beliau bagaimanapun mengingatkan para pemainnya supaya jangan mudah berasa selesa, sebaliknya perlu terus berusaha keras untuk perlawanan akan datang.
Sementara itu, Pengendali skuad Sang Kenari Aidil Sharin Sahak berkata anak buahnya telah berusaha keras dalam perlawanan malam tadi, namun akur kerana nasib tidak menyebelahi mereka.
"Mereka telah cuba yang terbaik... Kita tidak boleh jangka penyerang akan menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Pemain saya adalah pejuang...tugas saya adalah meningkatkan kembali moral mereka," katanya.
Dalam aksi malam tadi, skuad Penyu menguasai permainan dengan melancarkan gerakan dan seawal minit keenam gol kemenangan tunggal terhasil menerusi pemain tengah Mohd Faiz Mohd Mansor yang menanduk masuk hantaran silang oleh Mohamad Faisal Abdul Halim.
Pada minit ke-51, TFC bermain dengan 10 orang apabila pemain pertahanan, Pape Abdoulaye Diakite dilayangkan kad merah kerana menarik Wanja Ronald Ngah yang mempunyai peluang terbuka untuk menjaringkan gol.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Mohd Nafuzi memberi arahan kepada anak buahnya semasa bertemu pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi. --fotoBERNAMA

Memperkasa sistem pilihan raya, perkukuh legasi pembaharuan
PRU yang berlangsung pada 19 Ogos 1959 merupakan PRU pertama di Persekutuan Tanah Melayu, dua tahun selepas kemerdekaan.

Bayi lelaki empat bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Bayi itu dihantar kepada pengasuh terbabit sejak Jun lalu dan ketika kejadian kedua ibu dan bapa mangsa sedang bekerja.

8 premis makanan kotor diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan dalam Op Premis Bersih Peringkat Negeri yang diadakan selama dua hari bermula Rabu di dua daerah berkenaan.

Merdeka Ke-65 | Semarak Hari Kebangsaan dengan hidup sihat
Pelbagai wadah dan cara yang dilakukan bagi menyemarakkan sambutan Kemerdekaan ke-65 dalam fasa peralihan ke endemik Peluang dan ruang itu juga turut dimanfaatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu dengan melakukan pendakian sempena Hari Kebangsaan di Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Hari Kemanusiaan | Satu dekad Malaysia for Syria
Tidak banyak perubahan yang positif di Syria melainkan keperluan kemanusiaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia for Syria (MFS), Syahrir Azfar Saleh.

AWANI Pagi: Apa itu sukan finswimming dan perbezaannya dengan renang?
Sejauh mana tahap perkembangan sukan ini dalam kalangan warga Malaysia? Lebih penting, bolehkah negara menganjurkan kejohanan peringkat dunia sukan finswimming ini? Tidak lama lagi, kesemuanya bakal menjadi kenyataan menerusi latihan khas sukan ini di Malaysia yang diperluaskan hasil daripada latihan di Tanzania bersama bekas Naib Juara Dunia, Rubes Leva. #AWANInews #MalaysiaSihat #AWANIpagi

Tenaga Buruh | Produktiviti buruh suku kedua meningkat 5.5 peratus
Produktiviti buruh suku kedua yang meningkat jelas menunjukkan Malaysia berada dalam landasan terbaik menuju ke arah pemulihan sepenuhnya pascapandemik COVID-19, kata Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani.

Rayuan SRC: Najib lepaskan peguam cara Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners
Ketua pembelaan Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan perkara itu kepada panel lima hakim yang dipengerusikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Apple beri amaran kelemahan sistem membolehkan iPhone, Mac digodam
Apple dalam kenyataan hari ini menggesa pengguna mengemas kini perisian pada peranti iPhone, iPad, dan komputer Mac.

Jelajah AKM Selangor buka tirai hari ini di pekarangan Stadium Shah Alam
Jelajah AKM Selangor yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 9 malam akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 petang nanti.

Nafuzi lega TFC tamat kemarau kemenangan
Dia memuji anak buahnya yang bekerja keras menghadirkan kemenangan walaupun bermain dalam keadaan cedera dan tidak sihat.

Masalah kecederaan belenggu pasukan TFC berdepan JDT
Ketua Jurulatih Nafuzi Zain mengakui bahawa beberapa tonggak utamanya terpaksa direhatkan akibat masalah kesihatan dan kecederaan.

TFC mara ke final Piala FA, tewaskan Selangor dalam penentuan penalti
Terengganu FC (TFC) mara ke pentas akhir Piala FA selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan penalti.

Polis tempatkan 400 pegawai, anggota kawal perlawanan Piala FA
Polis akan mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.

Jurulatih kecewa ketumpulan penyudah punca The Turtles tewas
Badrul Afzan amat kecewa kerana jentera hadapan gagal menjaringkan gol biarpun peluang terhidang di depan mata.

Tandukan Karim bantu The Rhinos terus hambat Harimau Selatan
Kemenangan Skuad Badak pada malam tadi membolehkannya mengumpul 25 mata daripada 12 perlawanan.

Perak FC, TFC II kongsi satu mata di Ipoh
Minit awal perlawanan kedua-dua pasukan berjaya mencipta peluang namun tiada sebarang gerakan berbahaya ke arah kubu lawan.

Semangat pemain, sokongan peminat dorong TFC mara ke suku akhir
Sokongan padu peminat seolah-olah memberi penggalak tambahan kepada TFC untuk mengejar kemenangan.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Liga Super: Kemenangan sulung Penang FC musim ini
Penang FC mengutip tiga mata sulung dalam perlawanan Liga Super 2022 musim ini setelah menumpaskan Terengganu FC 2-1 di Stadium Bandaraya.