awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sengatan Spaso dituntut Melaka United malam ini

Astro Arena
Astro Arena
22/07/2016
09:51 MYT
Sengatan Spaso dituntut Melaka United malam ini
Pengurusan Melaka United turut menghela nafas lega dengan kepulangan Spasojevic ke dalam pasukan.
Kapten berbisa Melaka United, Ilijia Spasojevic, bakal kembali menyengat dalam usaha membenam DRB-Hicom dalam saingan Liga Perdana 2016 di Stadium Hang Jebat malam ini setelah direhatkan akibat kecederaan.
Khabar itu disambut gembira seluruh penyokong pasukan bola sepak Melaka yang menagih sentuhan berbisa ketua pasukan itu untuk menundukkan pasukan lawan.
Bahkan, pengurusan Melaka United turut menghela nafas lega dengan kepulangan Spasojevic ke dalam pasukan.
“Kami merasai kehilangan Spasojevic ketika tewas di tangan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia pada Selasa lepas.
"Saya mengharapkan adanya dia malam ini dapat memperkuatkan barisan depan pasukan,” kata jurulatih Melaka United, Mat Zan Mat Aris.
Bagaimanapun, 'si budak nakal', Labinot Harbuzi, tidak dapat diturunkan kerana digantung perlawanan susulan tiga kad kuning yang diterima setakat ini.
Pengurus pasukan Melaka United, Datuk Wira Yusof Mahadi, pula dalam satu kenyataan menyifatkan yakin anak buahnya mampu meraih tiga mata berdasarkan kesemua tonggak utama akan diturunkan, termasuk Khair Jones dan Nur Shamil Abdul Ghani.
Topic Berkaitan
#DRB Hicom
#Ilijia Spasojevic
#Kapten Melaka United
#Liga Perdana
#melaka united
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan