KUALA LUMPUR: Gergasi sepak takraw dunia Thailand akhirnya mengakui Malaysia ketika ini lebih kuat berbanding skuad Gajah Perang, kata pengurus merangkap ketua jurulatih Thailand ke kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di sini, Supot Tumpracha.
Pengakuan itu dibuat Tumpracha selepas menyaksikan Malaysia menumbangkan Thailand dalam acara double dan regu divisyen premier kejohanan itu di Stadium Titiwangsa di sini, Rabu lepas.
Menurut beliau, kerja berpasukan dan komunikasi antara pemain negara sangat bagus, sekali gus dilihat sebagai pemangkin persembahan mengagumkan yang ditunjukkan anak buah Ahmad Jais Baharun.
"Tahniah kepada Malaysia kerana menewaskan Thailand, saya terima dan harus menyatakan bahawa Malaysia lebih kuat dari Thailand waktu ini.
"Sekarang, saya rasa kerja berpasukan dan komunikasi dalam pasukan Malaysia sangat baik dan juga libasan 'sunback' sangat merbahaya di mana ia sangat sukar dipertahan dan disekat," katanya dalam Bahasa Thailand yang diterjemahkan oleh jurubahasa pasukan ketika ditemui di sini, hari ini.
Libasan sunback atau lebih dikenali sebagai 'maniam' dalam kalangan komuniti sepak takraw tempatan dipraktikkan oleh antara lain apit kanan atau 'killer' pasukan negara Mohamad Azlan Alias.
Pada masa sama, Tumpracha menyifatkan kekalahan Thailand Rabu lepas dipengaruhi sokongan padu penonton tuan rumah yang membuatkan para pemainnya gemuruh dan tertekan.
"Sudah tentu sorakan penyokong tuan rumah menjadikan pemain kami gemuruh dan tertekan. Di Thailand, pemain tidak hadapi situasi sebegini, sorakan penyokong Malaysia sangat kuat, terlalu kuat," katanya.
Rabu lepas, skuad kebangsaan mencipta sejarah apabila berhasil menamatkan penguasaan Thailand selepas menewaskan mereka pada pertandingan akhir acara regu dan double masing-masing dengan keputusan 2-0.
Tumpracha berkata selepas dua kekalahan di pertandingan akhir itu, Thailand berjanji akan berusaha menjuarai acara berpasukan yang sedang berlangsung ketika ini.
"Dalam acara berpasukan, kami mempunyai banyak pilihan, di tepi gelanggang kami mempunyai banyak pemain yang bagus, jadi saya berjanji pasukan Thailand akan menang jika kedua-dua pasukan bertemu di perlawanan akhir nanti," katanya.
Dalam pada itu, Thailand hari ini mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir acara berpasukan selaku juara Kumpulan B selepas mudah mengatasi China 3-0 pada aksi terakhir sekali gus akan membuat perhitungan menentang naib juara Kumpulan C yang akan diketahui malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
Kerja berpasukan dan komunikasi antara pemain negara sangat bagus, sekali gus dilihat sebagai pemangkin persembahan mengagumkan yang ditunjukkan anak buah Ahmad Jais Baharun. - Gambar fail/Bernama
Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April
Lebih 390,000 pelawat dari Brunei lawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini.
Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama
Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam menambah baik perkhidmatan autogate di pintu masuk utama di negara ini iaitu pergerakan melalui KLIA.
PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.
Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga
Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang tadi.
Daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran agar mendaftar dengan Jabatan Hal Ehawal Veteran (JHEV) ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.
Rumah jadi tempat proses ketum diserbu
Polis menyerbu sebuah rumah pusaka yang dijadikan tempat memproses air ketum dan berjaya menahan dua lelaki, pada Sabtu.
188 rakyat Malaysia jadi mangsa di beberapa negara
Daripada jumlah yang dikenalpasti, sekurang-kurang 109 warga Malaysia terjebak aktiviti 'jobscam' di Myanmar.
Ribuan umat Islam tunaikan solat Aidiladha di Al-Aqsa
Pagi Ahad, ribuan umat Islam berkumpul di masjid tersebut bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha. Lelaki, wanita bahkan kanak-kanak, sebaik sahaja matahari mula terbit, ramai yang sudah ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat.
544 kes libat rampasan RM5.18 juta di Sabah tahun ini
Pengarahnya George Abas berkata tindakan itu hasil pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan, dan kompaun sebanyak RM62,300 serta denda mahkamah berjumlah RM20,000 dikenakan terhadap mereka yang sabit kesalahan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.
Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali
Sukan sepak takraw sudah menepati kriteria untuk disenaraikan semula ke dalam sukan teras Malaysia, menurut Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan.
Jojo Ghazali, skuad takraw kebangsaan dipilih penerima Anugerah Khas SAM
Ia susulan pencapaian membanggakan atlet tersebut pada tahun lalu, sekali gus melayakkan mereka menerima anugerah berkenaan tahun ini.
MSN teliti permohonan ganjaran skuad sepak takraw kebangsaan - Hannah
MSN sedang meneliti permohonan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berhubung ganjaran untuk skuad kebangsaan yang meraih kejayaan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Piala Dunia ISTAF: Malaysia kempunan tamatkan kemarau 33 tahun
Impian Malaysia untuk menamatkan kemarau 33 tahun skuad sepak takraw dalam acara berkumpulan Piala Dunia ISTAF. tidak kesampaian.
Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun
Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 3 petang ini.
Malaysia, Thailand berentap lagi di final Piala Dunia Sepak Takraw
Keputusan itu menyaksikan misi menamatkan dominasi sepak takraw Thailand kian membara, berbaki beberapa jam aksi akhir petang ini.
Malaysia jinakkan Jepun, jumpa India di suku akhir
Kemenangan kedua pada Khamis menyaksikan skuad negara bimbingan Ahmad Jais Baharun muncul juara kumpulan sementara naib juara milik Jepun.
Sepak takraw: Malaysia sekarang lebih kuat dari Thailand - Pengurus Thailand
Pengakuan itu dibuat Tumpracha selepas menyaksikan Malaysia menumbangkan Thailand dalam acara double dan regu di Stadium Titiwangsa, Rabu lepas.
'Allah tolong kami dalam gelanggang'
Kejayaan itu sememangnya sukar untuk diucapkan dengan kata-kata apatah lagi lawan yang ditumbangkan boleh dianggap raja sepak takraw dunia.