awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik Tun Mahathir, pemulihan dijangka ambil masa lama
Tiada lambakan durian di Perak, permintaan sentiasa tinggi - FAMA
AKPS tolak kemasukan sembilan warga asing di ICQS Bukit Kayu Hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia mara separuh akhir acara regu berpasukan

Bernama
Bernama
16/05/2025
22:40 MYT
Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia mara separuh akhir acara regu berpasukan
Aksi tekong Malaysia Mohammad Syahir Mohd Rosdi ketika menentang pasukan Jepun pada peringkat kumpulan acara regu berpasukan di Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan slot ke separuh akhir acara regu berpasukan di Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025, selepas meraih kemenangan kedua dalam kumpulan B selepas menumpaskan Jepun 3-0 di Stadium Titiwangsa, di sini pada Jumaati.
Regu pertama negara yang dibarisi trio Amirul Zazwan Amir (pengumpan), Muhammad Syahir Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) menyumbang mata pertama negara selepas menang 15-11, 15-7.
Momentum tersebut kemudiannya diteruskan regu kedua negara Farhan Adam (pengumpan), Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong) dan Muhammad Noraizat Nordin (perejam), apabila menang 15-8, 15-9 untuk mata kedua negara.
Regu ketiga negara Aidil Aiman Azwawi (pengumpan), Muhammad Zulkifli Abd Razak (tekong) dan Muhammad Afifuddin Mohd Razali (perejam), memastikan kemenangan 3-0 berpihak kepada Malaysia selepas menang 15-8, 15-8.
Mengulas berkenaan perlawanan tersebut ketua jurulatih pasukan sepak takraw negara Ahmad Jais Baharun mengakui, ketiga-tiga regu negara yang diturunkan pada malam ini masih belum mencapai tahap terbaik.
"Kita harap untuk perlawanan akhir esok menentang Korea Selatan, pemain yang diturunkan dapat memperkemaskan lagi jentera pertahanan dan serangan mereka supaya dapat menampilkan aksi yang lebih baik," katanya.
Terdahulu Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama Kumpulan B selepas menewaskan Brunei 3-0 pada aksi yang berlangsung di sebelah pagi.
Malaysia akan turun petang ini menentang Korea Selatan bagi aksi terakhir peringkat kumpulan, untuk penentuan juara dan naib juara Kumpulan B.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025
#Separuh Akhir
#Stadium Titiwangsa
#Kumpulan B
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami