[TERKINI] Fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik Tun Mahathir, pemulihan dijangka ambil masa lama
![[TERKINI] Fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik Tun Mahathir, pemulihan dijangka ambil masa lama [TERKINI] Fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik Tun Mahathir, pemulihan dijangka ambil masa lama](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2026-01/81768021395_tbTunMahathirMoham.jpg)
Dr Mahathir dan keluarga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rawatan fisioterapi tanpa pembedahan adalah pilihan terbaik bagi Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kecederaan tulang pinggul yang dialami selepas terjatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari lepas.
Ringkasan AI
- Rawatan fisioterapi tanpa pembedahan dipilih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kecederaan tulang pinggul yang dialami selepas terjatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari lalu.
- Keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan doktor pakar dari Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
- Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya, sementara beliau tidak menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat buat masa ini.
"Mengambil kira faktor usia Tun Dr Mahathir juga, proses pemulihan ini akan memakan jangka masa yang agak lama," katanya.
Menurutnya, Dr Mahathir dan keluarga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.
Sementara itu, Dr Mahathir juga tidak dibenar menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat buat masa ini.
Pada 6 Januari lalu, media melaporkan, Dr Mahathir dikejarkan ke IJN sekitar jam 9.30 pagi akibat terjatuh di kediamannya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


