awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lambakan durian di Perak, permintaan sentiasa tinggi - FAMA

Bernama
Bernama
10/01/2026
04:30 MYT
Tiada lambakan durian di Perak, permintaan sentiasa tinggi - FAMA
Pekebun durian di Perak tidak menghadapi masalah lambakan kerana sentiasa menerima permintaan tinggi daripada penggemar buah berkenaan sama ada untuk pasaran tempatan mahupun eksport. - Gambar hiasan
IPOH: Pekebun durian di Perak tidak menghadapi masalah lambakan kerana sentiasa menerima permintaan tinggi daripada penggemar buah berkenaan sama ada untuk pasaran tempatan mahupun eksport.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak, Azleena Zainal Abidin berkata, sama ada durian kampung atau klon, pengeluaran raja buah di negeri ini masih seiring dengan kehendak pasaran.
"Kita sentiasa menerima permintaan yang tinggi dari China, Hong Kong dan Singapura. Kita mengeksport kira-kira 100 hingga 200 tan metrik durian setiap kali proses penghantaran ke negara-negara berkenaan.
"Pada tahun lepas, FAMA menerima bekalan daripada pekebun durian melebihi 500 tan metrik untuk dipasarkan ke seluruh negara termasuk dieksport," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Program Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan dan Promosi Durian yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun di Pasar Tani Kampung Simee.
Azleena berkata, tiga lokasi pengeluaran durian pelbagai varieti di Perak yang terbesar adalah di Batu Kurau, Kampung Gajah dan Tapah.
Sementara itu, Mohd Zolkafly berkata, pelaksanaan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan dan Promosi Durian mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan pekebun serta kesejahteraan pengguna.
"Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan menilai situasi sebenar di peringkat ladang, menstabilkan harga serta melonjakkan permintaan terhadap durian tempatan.
"FAMA negeri turut memaklumkan pembelian durian akan diteruskan selagi terdapat bekalan. Hasil durian yang dibeli akan dipasarkan melalui saluran pemborong dan peruncit di seluruh negeri selain jualan langsung di Pusat Operasi FAMA," katanya.
Mohd Zolkafly berkata, pelaksanaan kempen ini selari dengan objektif FAMA untuk meningkatkan permintaan durian tempatan, menstabilkan harga di peringkat ladang serta memperkukuh rantaian pemasaran komoditi durian melalui penglibatan aktif pemain industri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lambakan durian
#FAMA
#durian klon
#raja buah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan