awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak Takraw: Regu berpasukan terlepas emas

Astro Arena
Astro Arena
19/08/2017
05:31 MYT
Sepak Takraw: Regu berpasukan terlepas emas
Pemain sepak takraw Malaysia dan Indonesia berentap pada perlawanan semalam di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, 18 Ogos 2017. - fotoBERNAMA
HAJAT skuad sepak takraw negara untuk menamatkan kemarau 26 tahun pingat emas dalam acara berpasukan lelaki Sukan SEA musnah selepas tewas di tangan Thailand 3-0 di Stadium Tertutup Titiwangsa, hari ini.
Malaysia yang mempunyai kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri, tewas bermula dengan regu utama, Syahir Rosdi, Hanafiah Dollah dan Farhan Adam, 21-15, 21-17.
Skuad negara sudah berada diambang kekalahan apabila regu kedua negara tumpas 21-10, 21-6, sebelum regu ketiga juga kalah mudah dengan 21-9, 21-8.
Untuk rekod, hanya empat pasukan yang mengambil bahagian dalam acara regu berpasukan iaitu Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia, dengan menggunakan format liga satu pusingan.
Di Singapura dua tahun lalu, Malaysia terpaksa akur kepada Thailand apabila tewas pada perlawanan terakhir.
Kali terakhir Malaysia memenangi acara regu berpasukan lelaki adalah dalam Sukan SEA Manila 1991.
Topic Berkaitan
#regu berpasukan
#sepak takraw
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan