awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak takraw: Zulkifli, Syahir bakal jadi tonggak utama skuad negara

Bernama
Bernama
14/02/2022
05:31 MYT
Sepak takraw: Zulkifli, Syahir bakal jadi tonggak utama skuad negara
Zulkifli Abdul Razak dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, bakal menjadi tonggak utama skuad negara bagi dua temasya penting. - Astro Arena
KUALA LUMPUR: Dua pemain senior, Zulkifli Abdul Razak dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, bakal menjadi tonggak utama skuad negara bagi dua temasya penting tahun ini iaitu Sukan SEA dan Sukan Asia.
Ketua jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan Abdul Talib Ahmad berkata, pemilihan pemain lain akan diputuskan berdasarkan penilaian prestasi ke atas mereka sepanjang kempen Liga Sepak Takraw (STL) yang sedang berlangsung bermula awal Februari.
"Saya juga ingin mengingatkan kepada pemain muda supaya menunjukkan prestasi permainan yang terbaik dalam STL kali ini untuk mendapat tempat ke Sukan SEA dan Sukan Asia," katanya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Abdul Talib melihat para pemain muda dan senior menunjukkan kekuatan masing-masing pada saingan STL kali ini, menjadikan kekuatan sesebuah pasukan itu lebih seimbang.
"Kalau kita lihat dalam rekod perlawanan, kebanyakannya berlaku 'tie break' dan elemen-elemen dari segi pertahanan saya nampak lebih meningkat daripada saingan sebelum ini," katanya.
Pada masa sama, Abdul Talib telah mengenal pasti beberapa pemain muda yang menunjukkan mutu permainan yang baik dalam menyaingi pemain senior dalam STL kali ini.
"Ada juga pemain junior yang boleh mengalahkan pemain senior, tapi saya rasa ada kemungkinan pengalaman itulah mereka perlu lebih, supaya kita boleh seimbangkan pasukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#pemain senior
#Zulkifli Abdul Razak
#Mohammad Syahir Mohd Rosdi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan