awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepang lanjut kontrak MotoGP sehingga 2024, Petronas selaku penaja utama

Bernama
Bernama
23/03/2022
15:18 MYT
Sepang lanjut kontrak MotoGP sehingga 2024, Petronas selaku penaja utama
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) sehingga 2024 dengan Petronas terus menjadi penaja utama perlumbaan itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) sehingga 2024 dengan Petronas terus menjadi penaja utama perlumbaan itu.
Pemegang hak MotoGP Dorna Sports ketika mengumumkan pusingan di Malaysia akan dikenali sebagai Grand Prix Petronas Malaysia mulai tahun ini memaklumkan semua pihak terlibat sudah pun berbincang untuk melanjutkan perjanjian hingga 2026.
Sejak 1999, SIC menjadi litar kegemaran peminat dan juga pelumba dengan dua laluan lurus panjang, gabungan selekoh berbeza-beza dan kompleks grandstand utama yang menakjubkan, serta telah mementaskan 20 GP.
Selepas perlumbaan musim 2020 dan 2021 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19, perlumbaan tahun ini dijadual berlangsung pada 21-23 Okt.
Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta berkata Malaysia adalah pasaran penting MotoGP dan ia adalah satu keseronokan untuk berlumba di Sepang dan menyaksikan keghairahan luar biasa peminat yang memenuhi tempat duduk grandstand.
"Selepas terbukti dapat kembali ke Malaysia untuk ujian pramusim tahun ini, kami lebih bersemangat untuk kembali dan berluma. Kami semua menantikan Grand Prix Malaysia dan melihat peminat kami di Malaysia untuk banyak musim lagi.
"Kami juga berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan Petronas, jenama yang sinonim dengan kecemerlangan dan kejayaan, dan duta hebat untuk Malaysia di persada dunia.
"Tiada yang lebih baik sebagai penaja utama untuk Grand Prix Malaysia selain daripada satu nama yang menjadi lambang dalam sukan permotoran. Kami tidak sabar untuk melihat jenama ikonik ini mendapat pengiktirafan teratas pada acara itu," katanya dalam satu kenyataan
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif mengucapkan penghargaan kepada mereka yang menjadikan lanjutan kontrak berkenaan menjadi kenyataan.
"Dengan rekod penonton yang dicatatkan sentiasa meningkat setiap tahun, kami tidak sabar untuk menyambut kedatangan penonton kembali ke Sepang selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian berikutan pandemik. Selaras dengan tema kami #WelcomeHome, tahun ini adalah mengenai kebangkitan sukan permotoran antarabangsa dengan tawaran lebih unik kepada peminat," tambahnya.
Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata syarikat minyak itu amat berbesar hati untuk menaja gelaran untuk GP Malaysia, yang dianggap sebagai acara sukan utama di Malaysia dan Asia.
"Penajaan utama menawarkan peluang untuk kepada Petronas untuk berhubung dengan peminat sukan itu dan mempamerkan jenama serta produk kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Litar Antarabangsa Sepang
#SIC
#MotoGP
#Petronas
#penaja utama
#Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal
#Dorna Sports
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan