awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepanyol tebus maruah selepas tersingkir, tewaskan Australia 3-0

Haider Yutim
Haider Yutim
23/06/2014
19:45 MYT
Sepanyol tebus maruah selepas tersingkir, tewaskan Australia 3-0
Tewaskan Australia 3-0
Sepanyol membuktikan mereka bukanlah pasukan corot apabila menewaskan Australia 3-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Dunia 2014 di Arena Baixada, Curitiba.
Keputusan tersebut sekurang-kurangnya membantu Sepanyol menebus maruah mereka yang tercalar akibat tersingkir dari Piala Dunia selepas tewas pada dua perlawanan awal.
Gol pertama Sepanyol telah dijaringkan oleh David Villa pada minit ke-36 dengan kuisan tumit ke belakang selepas menerima hantaran rendah dari Juanfran.
Pada minit ke-69 pula, penyerang Sepanyol, Fernando Torres menjaringkan gol menjadikan kedudukan 2-0.
Jaringan tersebut merupakan hasil dari gerakan Andres Iniesta. Torres yang memperolehi bola, tanpa melengahkan masa terus menolak masuk ke arah sudut kanan pintu gol.
Sepanyol
Sepanyol
(AP Photo/Jon Super)
Kemudian pada minit ke-66 menyaksikan Santi Cazorla dikeluarkan dan digantikan dengan Cesc Fabregas.
Kemasukan Fabregas mendatangkan hasil apabila gandingannya dengan Juan Mata berjaya menghasilkan gol ketiga untuk Sepanyol pada minit ke-82.
Fabregas, dari kiri membuat hantaran lambung melepasi pertahahan Australia.
Sepanyol
Sepanyol
(AP Photo/Michael Sohn)
Mata yang memperolehi bola itu, menolak masuk dengan tenang menewaskan penjaga gol, Mat Ryan.
Keputusan akhir perlawanan, Sepanyol menang 3-0.
PEMAIN PILIHAN ASTRO AWANI: Cesc Fabregas (Sepanyol)
Topic Berkaitan
#2014
#Australia
#Brazil
#Kumpulan B
#Piala Dunia
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan