awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepp Blatter digantung buat kali kedua, didenda RM4.41 juta - FIFA

Agensi
Agensi
24/03/2021
23:10 MYT
Sepp Blatter digantung buat kali kedua, didenda RM4.41 juta - FIFA
Blatter didakwa melanggar etika setelah bersetuju serta menerima bonus berjumlah CHF23 juta (RM101.52 juta). -Foto REUTERS
BEKAS Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter digantung enam tahun dan lapan bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti persekutuan itu.
Ia akan berkuat kuasa selepas penggantungan sekarang tamat pada Oktober depan.
Penggantungan itu susulan tindakan Blatter yang melanggar beberapa kod etika FIFA.
Dia juga didenda RM4.41 juta (CHF 1 juta) selepas siasatan melibatkan pembayaran bonus secara besar-besaran oleh badan itu selesai.
Siasatan terbaharu itu melibatkan pembayaran bonus Piala Dunia yang dibayar kepada Blatter dan beberapa bekas pegawai kanan FIFA, termasuk bekas setiausaha agung Jerome Valcke, bekas naib presiden, Julio Grondona dan bekas pengarah kewangan, Markus Kattner.
Jawatankuasa Etika FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan Blatter didakwa telah melanggar etika setelah bersetuju serta menerima bonus berjumlah CHF23 juta (RM101.52 juta).
Beliau juga didapati menandatangani, meluluskan bonus CHF46 juta kepada Messrs Valcke, Grondona dan Kattner.
Bayaran tersebut melibatkan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan Piala Dunia 2014 di Brazil.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka nafi melakukan kesalahan itu.
Jawatankuasa rayuan FIFA sebelum ini meminta hukuman seumur hidup namun hakim Joachim Eckert mengambil keputusan untuk hukuman lapan tahun.
Pada 2013, ahli jawatankuasa eksekutif FIFA, Vernon Manilal Fernando dari Sri Lanka dipecat kerana rasuah selepas rayuan dilakukan pendakwa raya Michael Garcia.
Topic Berkaitan
#Sepp Blatter
#Piala Dunia
#Piala Dunia 2014
#Afrika Selatan
#FIFA
#Brazil
#Rasuah
#langgar etika
#bonus FIFA
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan