awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang bas, McGregor dibebas dengan ikat jamin AS$50,000

Agensi
Agensi
07/04/2018
11:44 MYT
Serang bas, McGregor dibebas dengan ikat jamin AS$50,000
Conor McGregor berdepan tiga tuduhan menyerang dan satu tuduhan melakukan kerosakan. - Foto REUTERS
BINTANG seni beladiri campuran (MMA), Conor McGregor hari ini telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$50,000 (RM193,500) oleh mahkamah di New York selepas didakwa menyerang sebuah bas yang dinaiki atlet seni beladiri lain di Brooklyn, pada Khamis.
McGregor, 29 tahun, hadir di Mahkamah Jenayah Kings County dengan berpakaian kemeja biru lengan panjang, selepas menyerah diri kepada polis petang semalam setelah video serangannya itu menjadi tular di media sosial.
Petarung dari Ireland itu berdepan tiga tuduhan menyerang dan satu tuduhan melakukan kerosakan.
Hakim turut membenarkan McGregor keluar negara sebelum hadir sekali lagi ke mahkamah pada 14 Jun nanti.
Dalam kejadian pada Khamis lalu, McGregor bersama beberapa yang lain dilaporkan menyerbu dan menyerang sebuah bas dengan membaling kerusi ke tingkat bas tersebut sehingga tingkap itu pecah.
Tindakan itu dipercayai berpunca dari keputusan Ultimate Fighting Championship (UFC) untuk menarik balik gelaran yang disandang juara dunia itu.
Serangan itu disifatkan Presiden UFC, Dana White sebagai "perkara paling menjijikkan yang pernah berlaku dalam sejarah".
BACA: MMA: UFC tolak tawaran saya untuk berlawan Mac ini - Conor McGregor
BACA: Conor McGregor umum akan kembali ke gelanggang MMA
McGregor menjadi petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan juara lightweight dunia, Eddie Alvarez di Manhattan pada 2016.
Kali terakhir McGregor bertarung ialah dengan Floyd Mayweather pada Ogos lalu, di mana dia tewas dengan petinju Amerika Syarikat itu menerusi keputusan knockout teknikal (TKO) di pusingan ke-10.
Topic Berkaitan
#Conor McGregor
#Dana White
#dibebaskan
#ikat jamin
#Kings County
#MMA
#New York
#serangan bas
#UFC
#Ultimate Fighting Championship
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan