awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi ujian pertama Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Marseille pada Julai

Bernama
Bernama
07/04/2023
21:10 MYT
Sesi ujian pertama Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Marseille pada Julai
Marseille yang dijadual menganjurkan pertandingan pelayaran antarabangsa pada Sukan Olimpik Paris, akan menjadi bandar pertama menerima obor yang akan dibawa dari Greece menggunakan kapal layar bertiang tiga. - Foto Facebook Paris 2024
PARIS: Berbaki kurang 500 hari lagi sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris, pihak penganjur mengadakan sesi ujian pertama yang berlangsung di bandar Marseille pada 9 hingga 16 Julai.
Bandar Marseille dijadual menganjurkan pertandingan pelayaran antarabangsa.
Sesi ujian itu akan diadakan dalam tempoh 12 bulan sebelum temasya, termasuk ujian operasi di Stade de France pada Jun 2024, lapor Xinhua.
"Program ujian Paris 2024 telah disusun dengan teliti mengikut keperluan khusus setiap sukan dan tempat pertandingan Olimpik dan Paralimpik, dengan kerjasama rapat dengan Persekutuan Antarabangsa yang berkaitan," menurut penganjur dalam satu kenyataan.
Pada Ogos 2023, pusat bandar Paris secara serentak akan menganjurkan Piala Dunia Memanah pada 19 dan 20 Ogos dan pertandingan triatlon dan para-triatlon antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris
#sesi ujian pertama
#Marseille
#pelayaran antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan