awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Rusia, China kecam tindakan Israel langgar piagam PBB - Pembantu Kremlin
SUKAN
FAM perkenal projek 'Elite Games', fokus cungkil bakat pemain B-23
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024

Bernama
Bernama
10/12/2024
05:07 MYT
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
An yang merangkul pingat emas perseorangan wanita di Olimpik Paris pada Ogos lalu, turut memenangi empat gelaran tambahan sepanjang tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
SEOUL: Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia untuk tahun kedua berturut-turut, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pengiktirafan itu diumumkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Majlis Gala Makan Malam Peringkat Akhir Jelajah Dunia BWF yang berlangsung di Hangzhou, China pada Isnin.
An yang merangkul pingat emas perseorangan wanita di Olimpik Paris pada Ogos lalu, turut memenangi empat gelaran tambahan sepanjang tahun ini.
Atlet berusia 22 tahun itu juga diundi oleh rakan-rakan seperjuangannya sebagai pemenang pertama Anugerah Pemain Terbaik Tahunan.
“Saya tidak sangka akan menerima begitu banyak sokongan daripada pemain lain. Saya gembira mendapat anugerah ini.
“Saya sangat berbesar hati. Ramai yang berdiri di belakang saya, menyokong saya, dan mereka adalah motivasi terbesar saya,” kata An seperti yang dipetik di laman sesawang BWF.
An juga mencatat sejarah gemilang apabila menjadi pemain Korea Selatan pertama memenangi emas perseorangan Olimpik dalam tempoh 28 tahun, meskipun terpaksa berjuang dengan kecederaan lutut yang dialaminya di Sukan Asia 2023 di Hangzhou.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#An Se-young
#pemain wanita terbaik dunia
#BWF
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami