awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shah Firdaus bakal dilantik ikon sukan Johor - MB

Bernama
Bernama
23/05/2025
21:30 MYT
Shah Firdaus bakal dilantik ikon sukan Johor - MB
Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi nama terbaharu yang bakal dilantik sebagai ikon sukan negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi nama terbaharu yang bakal dilantik sebagai ikon sukan negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Onn Hafiz berkata, pelantikan atlet kelahiran Muar itu dijangka diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat, sekali gus tersenarai sebagai antara atlet dan individu ternama yang akan mengangkat nama Johor dalam bidang sukan.
"Insya-Allah, esok (Sabtu) kalau tidak silap saya jaguh berbasikal dari Johor saudara Shah Firdaus, juga akan dilantik sebagai ikon belia negeri ini.
"Kita doakan beliau menjadi atlet Olimpik Malaysia pertama yang meraih pingat emas untuk negara," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Johor yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Toppen Shopping Centre, di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selaku menteri peneraju program berkenaan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Onn Hafiz turut menyatakan komitmen kerajaan negeri dalam menyokong pembangunan dan latihan atlet Johor, termasuk menyediakan peruntukan khas bagi memastikan Shah Firdaus menerima latihan bertaraf dunia.
"Kerajaan negeri akan memberikan peruntukan sewajarnya bagi memastikan dari segi pembangunan dan latihan, beliau mendapat yang terbaik di peringkat dunia, Insya-Allah," katanya.
Shah Firdaus akan menyertai senarai ikon sukan Johor lain, termasuk jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong We; pemain lagenda ragbi All Blacks New Zealand, Sonny B Williams serta bekas pemain kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Everton Tim Cahill.
Pada Sukan Olimpik Paris 2024, Muhammad Shah Firdaus muncul satu-satunya pelumba basikal negara yang layak ke final dalam acara keirin namun nasib tidak menyebelahi beliau yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.
Antara pencapaian Shah Firdaus ialah meraih pingat perak dalam acara Keirin di Kejohanan Asia di Jakarta 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Shah Firdaus Sahrom
#jaguh berbasikal trek
#ikon sukan Johor
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan