awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shah Firdaus raih perak acara keirin Kejohanan Trek Asia 2019

Bernama
Bernama
10/01/2019
21:25 MYT
Shah Firdaus raih perak acara keirin Kejohanan Trek Asia 2019
Muhammad Shah Firdaus (kiri) bergambar bersama pemenang emas dan gangsa dari Jepun, Yuta Wakimoto dan Tomoyuki Kawabata. - Instagram @shahfirdaus95
Pelumba berbasikal trek yang sedang meningkat naik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih perak dalam acara keirin pada Kejohanan Trek Asia ke-39 di Velodrom Antarabangsa Jakarta, pada Khamis.
Sementara pemenang pingat gangsa acara yang sama di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Mohd Azizulhasni Awang menamatkan saingan di tempat kelima.
Pingat emas kategori elit lelaki itu dimenangi pelumba Jepun, Yuta Wakimoto manakala rakan senegaranya, Tomoyuki Kawabata meraih gangsa.
Dalam pada itu dua wakil negara, Muhammad Ridwan Sahrom dan Mohammad Fariz Haikal Mohd Kadir, terlepas peluang meraih pingat dalam acara keirin Kejohanan Trek Remaja Asia ke-26 yang berlangsung serentak di venue yang sama.
Muhammad Ridwan dan Mohammad Fariz Haikal, masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima.
Pingat emas dimenangi pelumba dari India, Esow Esow dan diikuti Temirkhan Siazbekov (Kazakhstan) dan Duan Cheng En (Taiwan) masing-masing untuk pingat perak dan gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#basikal
#kejohanan
#Muhammad Shah Firdaus Sahrom
#pelumba negara
#pingat perak
#trek asia 2019
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan