KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Penaung dan Presiden Kuala Lumpur (KL) City FC.
Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam kenyataan memaklumkan Shahidan akan bertindak sebagai penasihat dalam urusan berkaitan bola sepak untuk membawa kelab itu ke tahap lebih tinggi.
Presiden KLFA Khalid Abdul Samad yang merupakan ahli Parlimen pembangkang dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata pelantikan Shahidan akan menjadi bukti perpaduan melalui bola sepak.
"Ini menunjukkan peranan sukan dan bola sepak khususnya merupakan wadah penyatuan iaitu orang yang berbeza fahaman politik seperti saya dan Shahidan boleh bersatu demi kemajuan bola sepak Kuala Lumpur.
"Saya percaya menerusi peranan Shahidan sebagai Presiden KL City FC, kami boleh bersama-sama membawa kelab ke tahap kejayaan lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KL City Stanley Bernard berkata kunci bagi pengukuhan kelab itu adalah dengan mengumpulkan semua pihak berkepentingan.
"Bayangkan sebuah kelab yang mendapat sokongan semua pihak berkepentingan yang sanggup mengetepikan perbezaan dengan matlamat membina pasukan yang kuat dan kompetitif di dalam serta luar padang.
"Menerusi peranan dan tanggungjawab yang jelas dimainkan oleh pihak berkepentingan yang terlibat, kami berhasrat untuk mewujudkan sebuah kelab bola sepak profesional yang mempunyai ramuan yang betul," katanya dan menambah Shahidan mampu memainkan peranan penting dalam mengembangkan dan mencorak sesuatu yang boleh dibanggakan warga Kuala Lumpur.
Shahidan juga merupakan Presiden Renang Malaysia (MS) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
KLFA memaklumkan Shahidan akan bertindak sebagai penasihat dalam urusan berkaitan bola sepak untuk membawa kelab itu ke tahap lebih tinggi. - Gambar fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM
Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.
Shahidan, Rayer saling label-melabel ‘biadab’ di Dewan Rakyat
Kekecohan itu tercetus apabila Shahidan membangkitkan isu konflik Palestin dan sekali lagi memetik nama Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan).
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Shahidan dakwa Jimmy Puah sokong Israel, panaskan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat pada Isnin kecoh apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau) mendakwa Jimmy Puah Wee Tsen (PH - Tebrau) menyokong Israel.
KOM terima tajaan RM5 juta untuk tempoh tiga tahun
Shahidan berkata, tajaan yang disalurkan itu bakal menjadi faktor penting untuk mencapai matlamat dalam pembangunan atlet.
Belum ada undang-undang kawal selia kutipan derma bencana NGO - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali, berkata setakat ini tiada undang-undang yang mengawal selia kutipan derma bagi bencana yang bukan diuruskan oleh kerajaan.
Sindiran 'anak papa' cetus kekecohan di Dewan Rakyat
Perkataan "anak papa" diungkapkan Datuk Awang Hashim (PN - Pendang) mencetuskan sedikit kekecohan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Tiada lafaz "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" ketika angkat sumpah Ahli Parlimen - Fahmi
Kalimah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" sememangnya tidak dilafazkan ketika majlis angkat sumpah Ahli Parlimen.
"Harga beras ini terus naik dan saya minta jawapan" - Shahidan
Kenaikan harga beras yang berlaku sekarang amat membimbangkan dan tegasnya, isu tersebut harus dibawa dan dibahaskan di Parlimen.
Kes Zahid: Bekas Peguam Negara, Peguam Negara akan dipanggil - Jawatankuasa Pilihan Khas
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara yang baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.