awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Uganda mula bawa keluar rakyatnya dari Iran
DUNIA
5 maut akibat demam berdarah Crimean-Congo di Pakistan tahun ini
MALAYSIA
Whistleblower: Memahami prosedur perlindungan pemberi maklumat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Shahidan kekal terajui Akuatik Malaysia

Bernama
Bernama
19/06/2025
13:01 MYT
Shahidan kekal terajui Akuatik Malaysia
Shahidan akan terus memimpin MAS untuk satu lagi penggal selepas tiada pencabar yang tampil untuk merebut jawatan. - FB Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim terus diberi mandat untuk menerajui Akuatik Malaysia (MAS) bagi penggal 2025-2027 apabila beliau mengekalkan jawatan Presiden tanpa dicabar menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu yang dijadual berlangsung pada 27 Jun ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung MAS Andy Low yang memaklumkan tiada pencalonan lain diterima untuk jawatan tertinggi itu selepas proses pencalonan ditutup pada 13 Jun lepas.
"Datuk Seri Shahidan akan terus memimpin MAS untuk satu lagi penggal selepas tiada pencabar yang tampil untuk merebut jawatan tersebut," katanya pada sidang media di Stadium Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Presiden Marilyn Chua Yu Ching; Naib Presiden Anthony Ang Kang Keam dan Penolong Setiausaha Nurul Huda Abdullah yang juga tidak menerima sebarang tentangan.
Menurut Andy hanya jawatan Ahli Jawatankuasa akan menyaksikan pertandingan selepas enam pencalonan diterima bagi mengisi lima kekosongan yang ada.
Untuk rekod, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau telah menerajui MAS sejak tahun 1995, ketika badan induk itu masih dikenali sebagai Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuatik malaysia
#Shahidan Kassim
#jawatan presiden
#agm
#tiada pencalonan lain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami