Shahmalarani mahu pertahan emas karate di Thailand

Shahmalarani menegaskan tumpuan utamanya kini adalah persiapan diri sendiri, tanpa memberi perhatian kepada pencabar lain menjelang Sukan SEA 2025. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Atlet karate negara C. Shahmalarani bertekad mempertahankan pingat emas acara bawah 50 kilogram (kg) kumite wanita pada Sukan SEA 2025 di Thailand yang akan membuka tirainya bulan hadapan.
Ringkasan AI
- Atlet karate negara, C. Shahmalarani, bertekad mempertahankan pingat emas acara bawah 50kg kumite wanita pada Sukan SEA 2025 di Thailand.
- Shahmalarani, juara bertahan selepas menang emas di Sukan SEA 2021 dan 2023, menegaskan fokusnya pada persiapan diri sendiri tanpa mengambil kira pencabar lain.
- Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) menetapkan sasaran tiga pingat emas bagi kem karate negara dalam Sukan SEA 2025.
Shahmalarani menegaskan tumpuan utamanya kini adalah persiapan diri sendiri, tanpa memberi perhatian kepada pencabar lain menjelang Sukan SEA 2025.
Atlet kelahiran Selangor itu akan beraksi di Kejohanan Dunia di Kaherah, Mesir pada 27 Nov sebagai persiapan sebelum mempertahankan emas di Thailand.
"Fokus saya buat masa ini adalah Kejohanan Dunia. Selepas itu, barulah saya menumpukan perhatian kepada Sukan SEA, dan sudah pasti saya mahu mempertahankan emas di sana," katanya.
Sebelum ini, Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) meletakkan sasaran tiga pingat emas untuk kem karate negara di Sukan SEA 2025.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


