awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shalin Zulkifli ketuai jawatankuasa atlet ADAMAS

Bernama
Bernama
19/04/2025
04:45 MYT
Shalin Zulkifli ketuai jawatankuasa atlet ADAMAS
Jawatankuasa Atlet ADAMAS merupakan langkah strategik memperkukuhkan penyertaan atlet dalam polisi dan pelaksanaan antidoping. - Foto fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Legenda tenpin boling negara Datuk Shalin Zulkifli dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Atlet Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) untuk berfungsi sebagai suara atlet dalam usaha membentuk persekitaran sukan yang lebih adil, berintegriti dan bertanggungjawab.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan Shalin akan disertai enam ahli lain iaitu Mathivani Murugeesan (karate), Johnnathan Wong Guanjie (menembak), Muhammad Hakimi Ismail (olahraga), Noor Askuzaiemy Mat Salim (boccia), Abu Samah Borhan (tenis kerusi roda) dan Boon Wei Ying (badminton - MSDeaf).
Kenyataan itu turut memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Atlet ADAMAS merupakan langkah strategik memperkukuhkan penyertaan atlet dalam polisi dan pelaksanaan antidoping, sejajar dengan prinsip keterangkuman yang digariskan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
"Sebagai agensi yang bertanggungjawab menguatkuasakan dasar antidoping kebangsaan, ADAMAS kekal komited menjalankan peranannya selaras dengan piawaian antarabangsa.
"Antara program yang dilaksanakan ialah 'Play True Day 2025' yang merupakan satu platform mendekati komuniti sukan melalui pendidikan antidoping secara inklusif, peningkatan kefahaman serta kesedaran tentang hak dan tanggungjawab sebagai atlet," menurut kenyataan itu hari ini.
KBS memaklumkan ADAMAS juga mengajak seluruh komuniti sukan negara untuk berganding bahu memperkukuhkan budaya sukan bersih dan berintegriti demi melahirkan atlet MADANI yang berdaya saing, beretika dan bebas daripada amalan tidak sihat.
"Komitmen ini perlu dilaksanakan secara kolektif bermula dengan diri sendiri demi kemajuan sukan negara yang mampan dan disegani dunia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#shalin zulkifli
#ADAMAS
#pengerusi
#KBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan