awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sharapova disenaraikan secara rasmi dalam 'Hall of Fame' tenis antarabangsa

Bernama
Bernama
24/08/2025
12:00 MYT
Sharapova disenaraikan secara rasmi dalam 'Hall of Fame' tenis antarabangsa
Atlet Rusia Maria Sharapova telah disenaraikan secara rasmi dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Atlet Rusia Maria Sharapova telah disenaraikan secara rasmi dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Majlis penganugerahan itu berlangsung di Newport, Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu malam.
Sharapova sebelum ini memenangi undian peminat selain turut dipilih oleh juri. Pengumuman mengenai kemasukannya dibuat oleh bekas pemain tenis AS, Serena Williams.
Selain pemain Rusia berusia 38 tahun itu, Dewan Kemasyhuran turut menerima penyertaan adik-beradik dari Amerika Syarikat, Bob dan Mike Bryan, yang masing-masing memenangi 16 dan 18 gelaran Grand Slam beregu, serta meraih pingat emas pada Sukan Olimpik London 2012.
Sharapova, yang bersara pada 2020, adalah antara 10 pemain wanita yang berjaya meraih "Career Grand Slam" iaitu memenangi keempat-empat kejohanan utama sekurang-kurangnya sekali. Beliau memiliki lima gelaran Grand Slam perseorangan dan pingat perak perseorangan pada Sukan Olimpik London.
Sharapova merupakan pemain Rusia ketiga yang menyertai Dewan Kemasyhuran itu selepas Yevgeny Kafelnikov dan Marat Safin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maria Sharapova
#tersenarai
#Hall of Fame
#Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan