awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa bakal pengganti ratu skuasy negara?

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2019
15:53 MYT
Siapa bakal pengganti ratu skuasy negara?
Ramai yang mengatakan tiada sesiapa akan dapat menggantikan kehebatan Nicol dalam dunia skuasy. - Gambar fail
Apabila berbicara mengenai skuasy, warga Malaysia sudah tentu berbangga dengan Datuk Nicol Ann David sebagai ratu skuasy negara.
Justeru, timbul persoalan siapa yang akan meneruskan legasi beliau dalam sukan ini selepas persaraannya nanti.
Warga net mengatakan tiada sesiapa akan dapat menggantikan kehebatan Nicol dalam dunia skuasy.
Kemampuan atlet-atlet muda juga dipertikaikan untuk mencipta pencapaian yang gah beliau mengumumkan keputusannya untuk bersara pada Jun tahun ini.
Namun begitu, Nicol yakin bahawa pelapis muda terutamanya yang terlibat dalam British Junior Open berpotensi menjadi generasi skuasy yang lebih baik daripadanya.
Berikut adalah calon-calon berpotensi mencipta nama dalam dunia skuasy:
1) Lai Wen Li
lai wen li
lai wen li
PSA Ranking: 77
Atlet yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini telah memenangi 28 perlawanan daripada 45 perlawanan yang disertai.
Antara kejohanan yang disertainya adalah British Junior U19 Open, World Junior Championship dan Asian Junior U19 Championship.
2) Ooi Kah Yan
ooi kah yan
ooi kah yan
PSA Ranking : 87
Anak kelahiran Seremban yang berumur 19 tahun ini telah mencatat kemenangan sebanyak 35 kejohanan daripada 55 kejohanan sepanjang kariernya dalam bidang ini.
Beberapa kejohanan terkemuka yang telah disertai Ooi Kah Yan adalah Asian Junior Championship, Squash Melbourne Open dan Australia Open.
3) Aifa Azman
aifa azman
aifa azman
PSA Ranking : 80
Sebanyak 46 perlawanan daripada 54 perlawanan berjaya dimenangi gadis berbakat dari Kedah ini.
Antara kejohanan yang menaikkan namanya adalah British Junior U17 Open, Malaysia Tour No.2 dan Penang Junior U19.
4) Nickhileswar Moganasundharam
Nickhileswar
Nickhileswar
Atlet cilik, Nickhileswar membuktikan dia mampu bersaing dengan atlet dari luar negara dengan mengecapi kejohanan British Junior U11 Open.
Nickhileswar berjaya merangkul gelaran juara apabila mengalahkan Chris Baddour dari Mesir.
5) Ameeshenraj Chandaran
Ameeshenraj
Ameeshenraj
Ameeshenraj Chandaran merupakan seorang pemain skuasy Malaysia yang bertanding dalam perlawanan kategori Bawah 15 tahun.
Dia telah memenangi perlawanan seperti Penang Junior Open dan Dunlop British Junior Open 2019.
Menyusul Nickhileswar, Ameeshenraj turut bergelar juara bagi British Junior U15 Open setelah menumpaskan lawannya, Denis Gelivskiy dari Ireland.
6) Harith Danial Jefri
harith
harith
Pemain skuasy muda ini telah menyertai British Junior U13 Open pada Januari tahun ini.
Pencapaian terbaiknya adalah merangkul gelaran naib juara setelah ditumpaskan oleh Abdallah Eissa pada perlawanan akhir.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Nicol Ann David
#Nicol David
#pengganti
#Ratu
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan