awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siaran percuma 41 perlawanan Piala Dunia 2018

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2018
07:57 MYT
Siaran percuma 41 perlawanan Piala Dunia 2018
Sejumlah 41 perlawanan Bola Sepak Dunia akan ditayangkan di RTM, dengan 27 perlawanan disiar secara langsung. - Gambar fail
Berita baik buat peminat bola sepak!
Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan 41 perlawanan Piala Dunia di Rusia tahun ini.
Dari jumlah itu, 27 perlawanan itu bakal disiarkan secara langsung.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di Bilik Mesyuarat Pengurusan, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, di sini hari ini.
Dalam mesyuarat kabinet pagi tadi, kerajaan telah meluluskan penayangan Piala Dunia 2018 menerusi saluran RTM.
“Ini adalah acara kejohanan peringkat dunia, saya rasa sesuai ia ditayangkan di RTM,” kata Gobindh dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Gobind juga berkata, perincian kos pembayaran hak penyiaran Piala Dunia 2018 itu akan diumumkan esok oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
"Kami juga akan mendapatkan kerjasama dengan pihak-pihak lain supaya sebahagian kos boleh ditanggung oleh penaja.
“Saya sudah kemukakan kertas kerja di mesyurat tadi, dan kami bersetuju kos siling adalah 40 juta ringgit,” katanya.
Berita baik buat peminat bola sepak! Kerajaan bersetuju untuk siaran langsung 41 perlawanan Piala Dunia 2018 (World Cup 2018) yang akan berlangsung 14 Jun - 15 Julai ini. @501Awani @GobindSinghDeo
— Dania Zainuddin AWANI (@Dania_Zainuddin) May 30, 2018
Acara yang diadakan empat tahun sekali akan menjadikan Rusia sebagai tuan rumah melibatkan 32 negara dari lima konfederasi bola sepak yang bertanding di 12 tempat untuk memenangi piala yang berprestij itu.
Piala Dunia merupakan acara pertunjukan terbesar di dunia yang akan bermula pada 14 Jun dengan perlawanan Rusia sebagai tuan rumah bertembung dengan Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Luzhniki di Moscow pada pukul 6 petang.
Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Gobind Singh Deo
#Malaysia
#menteri
#Moscow
#Piala Dunia 2018
#Rusia
#Stadium Luzhniki
#World Cup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan