awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siri jelajah: Malaysian Tigers ikat Korea Selatan

Bernama
Bernama
21/06/2023
12:52 MYT
Siri jelajah: Malaysian Tigers ikat Korea Selatan
Skuad hoki lelaki negara memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon hari ini. - Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon hari ini.
Anak buah A. Arul Selvaraj terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi jaringan padang Muhammad Firhan Ashaari.
Muhammad Firhan sekali lagi menghasilkan gol buat skuad negara yang kini menghuni ranking ke-10 dunia menerusi jaringan padang pada minit ke-19.
Korea Selatan bagaimanapun bangkit merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti selang tiga minit kemudian sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-29 melalui pukulan penalti, sebelum kedua-dua pasukan mengharungi suku ketiga dan keempat perlawanan tanpa sebarang jaringan dihasilkan.
Aksi persahabatan itu merupakan satu daripada empat perlawanan diatur buat Malaysian Tigers sebagai persediaan menghadapi saingan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) pada 3 hingga 12 Ogos ini di Chennai, India.
"Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan persembahan pemain. Mereka ambil peluang sepenuhnya selain berhasil menangani perlawanan dengan baik biarpun kita menerapkan sistem permainan baharu.
"Nampak kematangan daripada segi keyakinan pemain untuk melakukan tekanan kepada pihak lawan," kata Arul Selvaraj menerusi pautan video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Skuad negara akan melengkapkan tiga lagi pertemuan bertemu pasukan di ranking kesembilan dunia itu pada pada 23, 25 dan 27 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad hoki lelaki negara
#malaysian tigers
#siri jelajah persahabatan
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan