awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi Pearly-Thinaah perkara biasa - Jurulatih

Bernama
Bernama
28/11/2023
12:44 MYT
Situasi Pearly-Thinaah perkara biasa - Jurulatih
Sebelum ini, penyokong badminton negara mencipta spekulasi di media sosial bahawa Pearly-Thinaah bergaduh selepas mereka dilihat tidak berkomunikasi ketika tewas kepada Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong. - Gambar fail/Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Insiden tidak bertegur sapa, selisih faham dan 'bergaduh' merupakan perkara biasa dihadapi oleh pemain beregu, kata ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Hoon Thien How.
Beliau berkata gandingan Pearly Tan-M.Thinaah juga tidak terlepas daripada berdepan situasi berkenaan namun perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana ia sudah selesai setelah perbincangan secara terbuka bersama kedua-dua pemain diadakan selepas kejohanan Masters China baru-baru ini.
"Bagi saya, ia biasa sahaja untuk pasangan beregu. Ada pihak cakap hal ini macam mereka gaduh, mereka tak bertumbuk. Kalau gaduh, itu bagus sebab mereka fikir untuk menang, kalau tak bergaduh jurulatih lagi takut kerana kita tak tahu mereka fikir apa, mungkin mereka tak rasa nak menang, kalau pasangan buat silap pun tak tegur.
"Apabila meluahkan perasaan dan tegur kesilapan pasangan kena terima kerana kesilapan ini semua orang buat, tiada yang sempurna. Apa yang salah perlu diperbaiki," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.
Menurut Thien How, pasangan di ranking ke-12 dunia itu tidak menyertai latihan hari ini kerana diberikan cuti rehat selama seminggu.
Sebelum ini, penyokong badminton negara mencipta spekulasi di media sosial bahawa Pearly-Thinaah bergaduh selepas mereka dilihat tidak berkomunikasi ketika tewas kepada Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan pada pusingan pertama China Masters, Rabu lepas.
Mengulas mengenai prestasi keseluruhan pasangan negara pada musim ini, Thien How berkata mereka telah mempamerkan prestasi yang baik apabila mara ke final Masters Malaysia dan Terbuka Hong Kong.
Bagaimanapun, Pearly-Thinaah terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China pada minggu depan, kerana tidak dapat beraksi dalam beberapa kejohanan sebelum ini, susulan kecederaan dialami oleh Pearly.
"Prestasi mereka bukannya tidak bagus kerana mereka telah ke separuh akhir beberapa kejohanan dan dua final, walaupun kita masih mampu lihat jurang apabila bertemu beregu utama, terutamanya dari Jepun dan China. Untuk mengatasi beregu utama, mereka perlu lebih bijak dan gunakan taktikal yang lebih baik, tidak hanya bergantung kepada kekuatan sahaja.
"Bagi Pearly, kita kenal pasti bahawa beliau perlu memperkuatkan teras kerana beliau adalah penyerang, kena kuatkan teras dan kaki. Kini beliau sudah lebihkan latihan teras, selepas dua kejohanan (Masters Jepun dan China), beliau tidak komen apa-apa mengenai sakit belakang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pearly Tan
#M Thinaah
#Pearly-Thinaah
#bergaduh
#beregu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan