awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendakwa raya Sepanyol gugur siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap Julio Iglesias
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
PRK Kinabatangan: Dua pusat mengundi ditutup 12 tengah hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari, Eain Yow lepasi halangan pertama ToC 2026 di New York

Bernama
Bernama
24/01/2026
03:20 MYT
Sivasangari, Eain Yow lepasi halangan pertama ToC 2026 di New York
Sivasangari menampilkan aksi meyakinkan untuk menewaskan wakil Scotland, Georgia Adderley, 11-8, 11-4, 11-4 dalam tempoh 28 minit. - Facebook Tournament of Champions
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, memulakan kempen dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Tournament of Champions (ToC) 2026 yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat, pada Jumaat.
Turun selaku pilihan kelima kejohanan, Sivasangari menampilkan aksi meyakinkan untuk menewaskan wakil Scotland, Georgia Adderley, 11-8, 11-4, 11-4 dalam tempoh 28 minit.
Pada pusingan kedua, beliau dijadualkan bertemu pemain tuan rumah, Amanda Sobhy.
Sementara itu, dua lagi wakil negara, Aifa Azman dan Aira Azman masing-masing tersingkir di pusingan pertama kejohanan bertaraf Platinum itu.
Aifa tewas kepada pemain Belgium, Nele Gilis, 8-11, 3-11, 5-11, manakala Aira kecundang di tangan pemain Amerika Syarikat, Marina Stefanoni, 7-11, 8-11, 5-11.
Dalam kategori lelaki, Ng Eain Yow melepasi halangan pertama apabila menewaskan pemain England, Curtis Malik, 11-7, 11-3, 11-2.
Kemenangan itu menyaksikan beliau akan berdepan pilihan kelapan kejohanan yang juga wakil England, Mohamed El Shorbagy.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Amerika Syarikat
#ToC 2026
#Tournament of Champions
#S Sivasangari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan