awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka British

Bernama
Bernama
06/06/2025
02:10 MYT
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka British
S. Sivasangari kecundang di tangan pemain Mesir Amina Orfi, di peringkat suku akhir di Birmingham. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia dalam kejohanan British Open 2025 berakhir selepas wakil tunggal negara S. Sivasangari kecundang di tangan pemain Mesir Amina Orfi, di peringkat suku akhir di Birmingham pada Khamis.
Dalam aksi yang berlangsung di The Rep Theatre, pemain skuasy wanita nombor sembilan dunia berkenaan tewas 2-11, 11-4, 7-11, 9-11 kepada Amina, kekalahan keempat daripada lima pertemuan menentang pemain nombor lima dunia itu.
Pada perlawanan separuh akhir esok, Amina akan dicabar rakan senegara yang juga juara bertahan, Nouran Gohar bagi merebut tempat ke final.
Gohar yang juga pilihan utama kejohanan mara ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan pemain Belgium Tinne Gillis 11-9, 11-7, 11-3.
Kejohanan British Open menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak AS$348,500 (kira-kira RM1.5 juta) masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terbuka british
#Sivasangari
#suku akhir
#amina orfi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami