awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad angkat berat kebangsaan dibubar - Presiden PABM

Bernama
Bernama
29/09/2021
14:13 MYT
Skuad angkat berat kebangsaan dibubar - Presiden PABM
Presiden PABM Datuk Ayub Rahmat berkata persetujuan itu dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) MSN pada 20 Sept lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju membubarkan skuad angkat berat kebangsaan sedia ada, susulan kes doping membabitkan dua atlet negara baru-baru ini.
Presiden PABM Datuk Ayub Rahmat berkata persetujuan itu dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) MSN pada 20 Sept lepas, sekali gus menyaksikan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet terlibat akan diberikan notis penamatan kontrak berkuat kuasa pada 1 Nov depan.
Beliau berkata keputusan itu bagi membolehkan pencarian atlet berpotensi untuk diserapkan ke dalam skuad baharu, dalam usaha PABM memperbaiki imej persatuan dan sukan tersebut di negara ini.
"Skuad kebangsaan yang bakal dibentuk pada masa akan datang akan memfokuskan kepada kelayakan dan pemburuan tempat ke Sukan Komanwel 2022, dan seterusnya menghadiahkan pingat buat negara.
"Satu kejohanan pemilihan atlet untuk ke pasukan kebangsaan akan diadakan pada Oktober, atlet terbaik serta mampu menghasilkan pingat buat negara pada Sukan Komanwel akan diserapkan dalam skuad baharu ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#persekutuan angkat berat malaysia
#skuad angkat berat negara
#dibubarkan
#doping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan