NILAI: Skuad berbasikal negara terpaksa menggunakan basikal yang ada dengan sedikit pelarasan kerana mereka tidak akan mendapat model basikal terbaharu untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Ketua Jurulatih Skuad Berbasikal negara John Beasley berkata kelulusan geran yang lewat selain ketiadaan masa yang mencukupi untuk basikal itu dibangunkan dan layak digunakan dalam temasya sukan berprestij itu.
Beasley berkata kesemua basikal baharu perlu didaftarkan dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menjelang Ogos dan digunakan dalam Kejohanan Dunia Glasgow dari 3 hingga 13 Ogos ini untuk layak ke Sukan Olimpik tahun depan, jadi pasukan hanya mampu melakukan sedikit penambahbaikan kepada model yang digunakan sekarang.
"Basikal (yang ditambah baik) adalah lebih kurang sama (dengan basikal semasa). Kami akan mengkaji untuk mengubah sedikit bentuknya, melicinkan bucu-bucunya dan aspek struktur-struktur kecil bagi melihat bagaimana kami boleh membuatkannya lebih kukuh, ringan dan tegar selain daripada membuatkannya lebih aerodinamik.
"Ya kami akan menggunakan acuan sama (seperti basikal lama), kami tidak mempunyai pilihan kerana kami tidak memiliki masa yang cukup. Peruntukan hanya tiba pada Februari," katanya kepada wartawan hari ini selepas bertemu dengan Ketua Kontijen Olimpik Paris Datuk Hamidin Mohd Amin di Velodrom Nasional di sini semalam
Beasley merujuk kepada basikal Vorteq WX-R yang kini digunakan oleh skuad berbasikal negara yang dibangunkan antara 2018 hingga 2020 dengan kos RM13 juta.
Basikal itu telah digunakan dalam Olimpik Tokyo dengan Datuk Mohd Azizulhasni Awang memenangi pingat perak dalam acara keirin dan membantu pelumba negara memperoleh penyudah podium dalam banyak perlumbaan semenjak itu.
Mengulas mengenai pembangunannya, Mohd Azizulhasni berkata beliau tidak ada masalah dengan keputusan itu dan bersetuju itu adalah pilihan terbaik untuk pasukan.
"Saya boleh katakan basikal kami adalah antara yang terbaik.
"Sebab basikal ni datang bukan hanya basikal sahaja, dia punya teknologi, peletakan semua, Macam saya punya basikal cocok buat saya. Jadi kalau kita nak buat basikal baharu ke, mula dari awal, membuang masa, dah tak sempat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
BEASLEY: Kami akan gunakan acuan sama seperti basikal lama, kami tiada pilihan kerana kami tidak ada masa yang cukup, peruntukan hanya tiba pada Februari. - Gambar fail BERNAMA
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France
Majlis penutup itu akan menampilkan persembahan daripada Red Hot Chili Peppers, Billie Eilish dan Snoop Dogg.
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama
Azizulhasni dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek.
Tola dari Ethiopia rangkul emas maraton lelaki dengan rekod Olimpik baharu
Tola melepasi garisan penamat dengan catatan masa 2:06:26, mengatasi rekod Sukan Olimpik sebelum ini iaitu 2:06:32 oleh Samuel Wanjiru dari Kenya.
Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.
Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara
Nurul Izzah dilihat sedikit terkepung di dalam kelompok pelumba, sekali gus menyaksikan dia terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan ketiga.
Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya
Atlet India yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Paris 2024 telah mengadu mengenai ketidakselesaan di Perkampungan Sukan Olimpik.
Kritikan terhadap petinju Algeria berkaitan ujian jantina tidak boleh diterima - Presiden IOC
IOC meluluskan penyertaan Iman Khelif dalam kejohanan tinju wanita Olimpik walaupun petinju itu tidak layak bertanding pada Piala Dunia 2023.
Olimpik Paris 2024: Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi
Hujan baru-baru ini menyebabkan sungai itu tidak selamat untuk atlet berenang, dan semua latihan untuk acara individu juga terpaksa dibatalkan.
'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai
Walaupun kelihatan santai, Yusuf Dikec jelaskan pingat perak yang dimenanginya tidak datang tanpa kerja keras dan dedikasi.
Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan
Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde.