awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF

Bernama
Bernama
18/07/2024
09:40 MYT
Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF
Pingat emas tersebut merupakan satu-satunya pingat diraih kem negara sepanjang 12 hari kempen Kejohanan Remaja Dunia IBF yang berlangsung sejak 7 Julai lepas.
KUALA LUMPUR: Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon, Korea Selatan, hari ini.
Menurut laman https://www.abf-online.org, pasukan wanita Malaysia mempamerkan aksi cemerlang apabila menumpaskan Singapura 2-0, masing-masing dengan 221 dan 236 mata pada perlawanan pertama dan kedua manakala pasukan lawan meraih 211 dan 190 mata.
Skuad itu dibarisi Nur Hazirah Ramli yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini selain Adania Mohd Redzwan Anis Hannani Romzi dan Adelia Nur Irwan Syazalee.
Pingat emas tersebut merupakan satu-satunya pingat diraih kem negara sepanjang 12 hari kempen Kejohanan Remaja Dunia IBF yang berlangsung sejak 7 Julai lepas.
Mereka sebelum itu melangkah ke final selepas menewaskan pasukan Colombia 2-1 pada aksi separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad negara
#boling
#Malaysia
#Kejohanan IBF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan