awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad futsal Malaysia hilang taring disambar Sang Garuda 6-0

Khalis Khadir
Khalis Khadir
13/10/2024
16:09 MYT
Skuad futsal Malaysia hilang taring disambar Sang Garuda 6-0
Peminat tempatan menyifatkan kekalahan skuad futsal kebangsaan 6-0 dengan Sang Garuda menjadi titik tolak perlunya ada percaturan strategi lebih kukuh sebelum bersaing di Kejuaraan Futsal AFF 2024 nanti. - FB Arena Futsal
SKUAD futsal Malaysia berputih mata selepas tewas 0-6 kepada Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta pada Ahad.
Corak permainan skuad negara dilihat hilang arah menyebabkan penjaga gol, Syawal Sabaruddin tewas dengan percubaan padu Firman Ardiansyah seawal minit keempat.
Indonesia yang dibimbing Hector Souto terus selesa menerusi jaringan Ardiansyah Runtuboy dua minit kemudian dari sisi kanan pintu gol sebelum satu lagi jaringan oleh Evan Soumilena gagal diselamatkan Syawal pada minit kesembilan.
Evan tampil lebih garang dengan menambah jaringan kedua peribadinya hasil percuban dalam kawasan D dan melengkapkan hatrik pada minit ke-32.
Di saat Malaysia mula mengatur strategi dengan menurunkan barisan terkuat diketuai tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Abu Haniffa, ia tidak dibenarkan Samuel Amos Ronsumbre yang terus menutup tirai jaringan Indonesia dengan kemenangan 6-0.
Bagaimanapun, skuad Malaysia kendalian Rakphol Sainetngam harus dipuji melihat kepada kesungguhan yang ditampilkan meskipun peminat tempatan berharap lebih banyak percaturan diperbaiki.
Skuad futsal negara akan berlepas ke Thailand pada 23 Oktober ini untuk menentang Australia dan Myanmar dalam perlawan persahabatan sebelum saingan Kejuaraan Futsal AFF 2024 bermula 2 November di Nakhon Ratchasima dengan Brunei menjadi tentangan pertama skuad kebangsaan.
Topic Berkaitan
#skuad futsal
#Sang Garuda
#AFF Futsal Championship
#Yogyakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan