awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Harimauwati Malaya jalani latihan di Bangladesh

Bernama
Bernama
14/05/2022
10:03 MYT
Skuad Harimauwati Malaya jalani latihan di Bangladesh
FAM akan menghantar skuad bola sepak wanita kebangsaan bagi menjalani latihan di Bangladesh sebagai persediaan mengharungi Kejohanan Bolasepak Wanita Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) 2022 di Filipina, Julai ini. - Foto FB/FAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menghantar skuad bola sepak wanita kebangsaan bagi menjalani latihan di Bangladesh sebagai persediaan mengharungi Kejohanan Bolasepak Wanita Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) 2022 di Filipina, Julai ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bola sepak Wanita FAM Datuk Suraya Yaacob berkata beberapa perlawanan pemanas badan juga akan diadakan di sana bagi memastikan skuad wanita dalam keadaan terbaik untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.
"Sebelum mereka mula bermain di AFF, mereka akan dihantar ke Bangladesh, jadi ada latihan untuk mereka bermain dengan negara luar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Bola Sepak Wanita AFC Ke-8 di Wisma FAM di sini hari ini.
Suraya berkata FAM dalam masa sama akan membuat pemilihan pemain menerusi kejohanan Liga Wanita Nasional (LWN) bermula 21 Mei ini dengan 21 pasukan peringkat kebangsaan berentap selama enam minggu pada liga berkenaan.
Beliau memaklumkan lapan pasukan terbaik yang menyertai LWN seterusnya turut terpilih mengikut zon untuk ke Piala Tun Sharifah Rodziah yang dijadualkan berlangsung September ini.
Sementara itu, Suraya berkata pelancaran Pelan Pembangunan Bolasepak Wanita Negara yang sepatutnya dilancarkan hari ini ditangguhkan pada Jun.
Katanya, ia bagi memperhalusi lagi pelaksanaan pelan pembangunan tersebut selain menambah baik pemerkasaan bola sepak wanita negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harimauwati Malaya
#Persatuan Bolasepak Malaysia
#FAM
#bola sepak
#skuad bola sepak wanita
#latihan
#Bangladesh
#AFF 2022
#Filipina
#Suraya Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan