awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad hoki Malaysia beralih kepada latihan dalam talian

Bernama
Bernama
13/01/2021
20:40 MYT
Skuad hoki Malaysia beralih kepada latihan dalam talian
Skuad hoki kebangsaan telah beralih ke latihan dalam talian berikutan penangguhan Liga Hoki Malaysia 2021 (MHL). -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Skuad hoki kebangsaan telah beralih ke latihan dalam talian berikutan penangguhan Liga Hoki Malaysia 2021 (MHL) kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu, mulai Rabu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak berkata berikutan perkembangan terkini, pasukan itu memilih kaedah latihan dalam talian berbanding latihan berasaskan kuarantin di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.
Beliau berkata tiga jurulatih kebangsaan - jurulatih pasukan lelaki A. Arul Selvaraj, Nasihin Nubli Ibrahim (skuad projek wanita) dan Wallace Tan (junior lelaki) - telah menyampaikan program latihan mereka kepada jawatankuasa KHM baru-baru ini.
"Setelah perbincangan menyeluruh dengan jurulatih, staf sokongan, ahli jawatankuasa dan presiden Datuk Seri Subahan Kamal, semua bersetuju bahawa pemain tidak boleh ditempatkan di MSN kerana sekatan dan batasan pergerakan yang ketat.
"Jadi untuk dua minggu ini, para pemain akan menjalani program latihan dalam talian yang disediakan dan diawasi oleh jurulatih masing-masing.
"Kami akan memutuskan tindakan seterusnya jika kerajaan membuat pengumuman lanjut (selepas ini), tetapi kami masih mempunyai beberapa pilihan," katanya kepada Bernama pada Rabu.
KHM pada akhir bulan lalu telah melepaskan pemain dari pasukan 'Speedy Tigers,' 'Malaysian Tigress' dan pasukan lelaki ke kelab masing-masing menjelang MHL, yang dijadualkan bermula Khamis.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM Datuk Seri Anil Jeet Singh mengesahkan liga hoki telah ditunda berikutan pelaksanaan PKP di enam negeri dan dijangka akan diadakan pada Julai atau Ogos ini.
Berikut adalah senarai kejohanan yang dijadualkan untuk pasukan kebangsaan pada tahun 2021:
Pasukan lelaki
- Trofi Juara-juara Asia di Dhaka, Bangladesh pada 11-19 Mac
- Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak pada 18-27 Jun
- Piala Asia pada September/Oktober
Pasukan Junior Lelaki
- Piala Remaja Asia di Dhaka, Bangladesh pada 1-10 Julai
- Piala Sultan Johor di Johor Bahru Pada 4-12 Sept
Pasukan Wanita
- Trofi Juara-juara Asia di Donghae, Korea Selatan pada 31 Mac - 7 April
- Piala Remaja Junior di Kakamigahara, Jepun pada 11-17 April
- Piala Asia pada September/October
(Nota: bergantung kepada pengumuman terkini ketika pandemik COVID-19)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Majlis Sukan Negara
#PKP
#COVID-19
#Sultan Johor
#Bukit Jalil
#Skuad Hoki Kebangsaan
#Ahmad Najmi Abdul Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan