awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Piala Dunia Argentina lambang "ikatan persahabatan yang erat" - Duta

Bernama
Bernama
20/12/2022
09:57 MYT
Skuad Piala Dunia Argentina lambang "ikatan persahabatan yang erat" - Duta
Kedutaan Argentina di Kuala Lumpur turut berkongsi kegembiraan dengan kejuaraan dan prestasi cemerlang kapten pasukan Lionel Messi yang dipamerkan dalam kejohanan itu.- Gambar Facebook Embassy of Argentina in Malaysia
KUALA LUMPUR: Kemenangan Argentina pada pentas final Piala Dunia 2022 di Qatar pada Ahad menggembirakan warga Argentina dan peminat skuas putih dan biru langi (La Albiceleste) di seluruh dunia.
Kedutaan Argentina di Kuala Lumpur turut berkongsi kegembiraan dengan kejuaraan dan prestasi cemerlang kapten pasukan Lionel Messi yang dipamerkan dalam kejohanan itu.
Duta Argentina ke Malaysia, Manual Balaquer Salas berkata, kejayaan Piala Dunia ketiga negaranya dalam lebih empat dekad selepas menundukkan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pastinya menjadi memori yang sukar dilupakan.
Beliau berkata, selepas 36 tahun impian untuk mengondol trofi piala dunia menjadi kenyataan sekali gus membuktikan ketabahan pasukan ini, meskipun tewas mengejut 1-2 pada aksi pembukaan perlawanan peringkat Kumpulan C ketika menentang Arab Saudi.
Mengulas mengenai kejayaan pasukan Argentina, Salas berkata: "Pasukan ini adalah skuad yang mempunyai ikatan persahabatan yang erat. Mereka bersatu dan selepas kekalahan menentang Arab Saudi, mereka bangkit semula. Persahabatan antara pemain menjadi kunci kejayaan."
Mengenai Messi Salas berkata: "Messi mempamerkan dua sisi dirinya, seorang pemain bola sepak dan atlet profesional. Seorang yang baik dan menjadi contoh kepada ramai belia di luar sana.
"Beliau menunjukkan contoh dan kualiti yang luar biasa...," kata Salas.
Messi, 35, membuat penampilan sulung di Piala Dunia 2006 dan kejohanan tahun ini merupakan aksinya yang kelima. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#Argentina
#Lionel Messi
#World Cup Qatar 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan