awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad tenis remaja wanita bawah 14 tahun Malaysia sah slot ke pusingan kelayakan Remaja Dunia

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
19/02/2023
14:08 MYT
Skuad tenis remaja wanita bawah 14 tahun Malaysia sah slot ke pusingan kelayakan Remaja Dunia
Skuad bimbingan Zulkhairi Mohd Khir cemerlang lakar kejayaan pada kejohanan yang berlangsung di Colombo. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Skuad tenis remaja wanita Bawah 14 tahun negara mengesahkan slot ke pusingan kelayakan Remaja Dunia 2023 selepas membenam cabaran Singapura pada aksi final prakelayakan Asia-Oceania ITF World Junior Team Championship yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka.
Kejayaan semalam itu hadir menerusi dua pemain perseorangan iaitu Adani Raihan Muhammad Azhari dan Daania Daniella Abd Hazli sebelum dilengkapkan oleh pasangan beregu Lynn Lim Lim/ Adani Raihan Muhammad Azhari.
Dalam perlawanan akhir pertama Adani menundukkan Sophie Ashley Cua dengan 3-6, 7-5 dan 6-1.
Daania kemudiannya meletakkan kedudukan selesa buat Malaysia selepas berjaya menjinakkan Victoria Alekseykina dengan kemenangan 4-6, 7-5 dan 6-4 untuk kedudukan 2-0.
Kemenangan skuad remaja negara itu kemudianya disahkan oleh Adani dan Lynn dalam aksi sengit ketika berdepan beregu Singapura Sophie Ashley/Joey Shania yang menyaksikan kesudahan 6-4, 10-7.
Menurut Ketua Jurulatih skuad tersebut, Zulkhairi Mohd Khir ketika dihubungi Astro AWANI, pusingan kelayakan seterusnya akan berlangsung di Kuching bulan depan.
Jelasnya ini bukanlah pertama kali Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan kelayakan dan akan membuat persediaan sebaik mungkin untuk memastikan kekecewaan tahun sebelumnya dapat ditebus sebaik mungkin nanti.
“Bagi pusingan kelayakan nanti (pasukan) yang kuat tentunya pemain-pemain daripada Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Australia.
“Pasukan-pasukan itu memang pasukan daripada empat negara yang selalu ke pusingan separuh akhir.
"Kalau menang pusingan itu akan ada tiga negara yang layak ke pusingan kumpulan dunia yang akan berlangsung di Republik Czech,” katanya.
Topic Berkaitan
#tenis
#remaja dunia
#pasukan malaysia
#Kejohanan Remaja Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan