awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy: Malaysia ke separuh akhir Berpasukan Remaja Wanita Dunia

Bernama
Bernama
27/07/2023
21:30 MYT
Skuasy: Malaysia ke separuh akhir Berpasukan Remaja Wanita Dunia
Aira ketika beraksi pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Wanita Dunia 2023 di Melbourne, Australia, 27 Julai 2023. - Facebook World Squash Federation
KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan momentum cemerlang apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Wanita Dunia 2023 selepas menundukkan Kanada 2-0, di Melbourne, Australia, pada Khamis.
Pada saingan suku akhir di Pusat Sukan dan Akuatik Melbourne (MSAC), Aira Azman yang baru sahaja dinobatkan selaku naib juara perseorangan remaja dunia, baru-baru ini, tidak berdepan masalah untuk menyumbang mata pertama negara.
Pemain berusia 19 tahun itu mengalahkan Ocean Ma 11-7, 11-8, 11-0 dan U Thanussa mengesahkan kemaraan negara ke pentas separuh akhir dengan menewaskan Maria Min 11-9, 11-9, 11-8.
Malaysia akan bertemu Amerika Syarikat di pentas separuh akhir hari ini (Jumaat).
Amerika Syarikat mara ke separuh aklhir selepas menewaskan India 2-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
"Ia satu keputusan yang sangat baik daripada skuad wanita. Bagaimanapun, tugas mencabar menanti apabila bertemu Amerika Syarikat esok," kata jurulatih pasukan, Andrew Cross ketika dihubungi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Berpasukan Remaja Wanita Dunia
#Aira Azman
#Melbourne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan