SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam muncul juara kejohanan bola sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) selepas menumpaskan SMK Dato' Harun, Tanjong Karang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada Sabtu.
Dalam aksi final di Stadium Mini KPM SMK USJ 23, Subang Jaya itu, Megat Aniq Muqri Megat Azlan muncul wira apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir SMK Shah Alam.
Lebih manis, kejayaan itu menyaksikan SMK Shah Alam meraih gelaran berganda apabila muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 selepas turut mengecewakan SMK Dato' Harun di pentas final pada Oktober lalu.
Jurulatih SMK Shah Alam, Mohamad Shahrul Hisham Khasim berkata, beliau tidak menyangka penyertaan pertama pasukannya dalam kejohanan tersebut berjaya diakhiri dengan gelaran juara.
Menurutnya, banyak cabaran yang perlu ditempuhi anak-anak buahnya termasuklah berdepan beberapa pasukan hebat dalam perjalanan mereka mara ke pentas final.
“Alhamdulillah dan terima kasih kepada pemain-pemain yang berjaya bermain dengan baik untuk memenangi perlawanan akhir ini. Sebenarnya kami tak jangka boleh mara ke final dan muncul juara.
“Ini kerana perjalanan kami untuk ke perlawanan akhir bukan senang. Kami perlu berjumpa bekas finalis kejohanan ini, antaranya SMK Tinggi Kajang dan SMK Seksyen 7 Shah Alam.
“Malah, pada final kali ini ramai meramalkan SMK Dato' Harun akan menjadi juara. Jadi, saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan membantu kami sehingga berjaya menjadi juara,” katanya.
Sementara itu, jurulatih SMK Dato' Harun, Zulfadhli Ali mengakui berasa agak kecewa selepas pasukannya terlepas peluang muncul juara pada edisi kali ini.
Menurut Zulfadhli, kegagalan bahagian serangan SMK Dato' Harun menyempurnakan beberapa peluang menyebabkan mereka terpaksa akur dengan gelaran naib juara.
“Kami bermain dengan baik apabila mengawal permainan dan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Namun, kegagalan bahagian serangan menterjemahkan peluang itu menyebabkan kami tewas.
“Saya sudah dapat menjangkakan kalau perlawanan akhir ini ditentukan dengan sepakan penalti, kami akan tewas kerana penjaga gol kami tidak begitu cergas,” ujarnya.
Selaku juara, SMK Shah Alam membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan sijil, manakala SMK Dato' Harun pula meraih RM7,000, medal serta sijil.
Untuk rekod, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) merupakan penaja utama, manakala Sinar Harian adalah media rasmi bagi kejohanan yang memasuki edisi ketujuh itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 05 2022
Barisan pemain dan pegawai SMK Shah Alam bersama pihak penganjur Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 bergambar di Stadium Mini SMK USJ 23, Subang Jaya pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
SMK Shah Alam juara Piala Datuk Mokhtar Dahari
Megat Aniq Muqri Megat Azlan muncul wira apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir SMK Shah Alam.