JOHOR BAHRU: Selepas mengharungi lima perlawanan, akhirnya skuad hoki bawah 21 tahun negara meraih mata pertama apabila seri 2-2 dengan Jepun pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam tadi.
Separuh masa perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sebelum Jepun bangkit pada suku ketiga minit ke-33 dengan gol pertama oleh Kobayashi Masato yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Bagaimanapun, keriangan skuad kendalian Watanabe Hiroki itu tidak bertahan lama apabila penyerang negara Muhammad Amirul Haniff Mamat menyamakan kedudukan lima minit kemudian, menerusi pukulan sudut penalti.
Pasukan negara terus cemerlang apabila Shahmie Irfan Suhaimi menambah jaringan pada minit ke-42 dengan pukulan sudut penalti.
Bagaimanapun, anak buah Muhammad Amin Rahim gagal mengekalkan penguasaan selepas pemain Jepun Saeki Ikumi memanfaatkan pukulan sudut penalti empat minit kemudian, untuk mendapatkan satu gol, sekali gus menjadikan keputusan seri 2-2 hingga tamat perlawanan.
Malaysia kini berada di tangga keenam selepas tewas dalam perlawanan menentang Great Britain, Afrika Selatan, Australia dan India.
Pada aksi petang semalam, India dan Great Britain berkongsi satu mata apabila terikat 5-5, manakala Afrika Selatan dijadualkan bertemu Australia pada 8.35 malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022

Pemain Malaysia Andywalfian Jefrynus diasak beberapa pemain Jepun pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, semalam. --fotoBERNAMA

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

EU bukan Islamofobia - Duta
Tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar al-Quran baru-baru ini amat menyedihkan, tegas Michalis Rokas.

Perdagangan EU-Malaysia capai peringkat prapandemik menjelang akhir tahun - Duta
Kesatuan politik Eropah berikrar untuk terus menjadikan Malaysia sebagai rakan strategiknya.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

FIH perlu lihat semula format Piala Dunia - MHC
Subahan berpendapat format edisi sebelum ini lebih baik di mana pasukan yang menduduki tangga tercorot kumpulan tersingkir terus.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Shamala letak jawatan Timbalan Presiden MHC
Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Prof Datuk Dr S. Shamala, melepaskan jawatannya itu berkuat kuasa semalam (27 Jan).

Piala Dunia: Speedy Tigers tutup kempen di tempat ke-13
Skuad hoki lelaki kebangsaan mengakhiri kempen Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 dengan menewaskan Jepun, 3-2.

Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers terlepas peluang tamatkan saingan kelompok sepuluh terbaik
Hasrat skuad Speedy Tigers untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 lebur selepas tumpas kepada Afrika Selatan.

Speedy Tigers usah terbuai kejayaan lalu - Arul Selvaraj
Arul Selvaraj berkata apabila berentap di pentas Piala Dunia, cabaran yang akan dihadapi pastinya berbeza demi memburu kemenangan.

Malaysia tetap bangga prestasi pasukan hoki - Anwar
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Speedy Tigers yang telah melakukan terbaik dalam perlawanan tersebut.

Piala Dunia Hoki FIH: Benam New Zealand, Malaysia ke pusingan cross-over
Skuad hoki negara melangkah ke pusingan cross-over Piala Dunia Hoki FIH selaku naib juara Kumpulan C selepas menewaskan New Zealand 3-2.

Arul Selvaraj pertimbang bawa pemain simpanan beraksi
Skuad negara sudah berlepas ke Bhubaneswar, India dari Rourkela, India semalam, bagi meneruskan perjuangan menentang New Zealand.

Speedy Tigers tak rela cicir mata berdepan Chile
Katanya, untuk pergi lebih jauh, Malaysia perlu menundukkan Chile apabila kedua-dua pasukan bertembung hari ini.