awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spartan Race kembali ke Sarawak tahun hadapan

Bernama
Bernama
12/11/2019
20:46 MYT
Spartan Race kembali ke Sarawak tahun hadapan
Perlumbaan pada 4 dan 5 April tahun depan akan digelar Spartan Race Sarawak 2020 Southeast Asia (SEA) Super Regional Series yang dijangka disertai 4,000 peserta. -Gambar fail
Spartan Race yang pertama kali diadakan di sini, bulan lepas akan kembali lagi ke negeri ini tahun hadapan, bukan sekali, tetapi dua kali.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perlumbaan itu dijadual diadakan di Institut Kepimpinan Sarawak, Jalan Semengoh, di sini pada 4 hingga 5 April dan di Stadium Sarawak pada 3 Okt tahun hadapan.
"Dijangkakan keseluruhannya seramai 7,000 peserta dari dalam dan luar negara akan menyertai dua pelumbaan ini tahun hadapan, yang juga Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya dalam satu sidang media, di sini, pada Selasa.
Abdul Karim berkata perlumbaan itu pada 4 dan 5 April tahun depan akan digelar Spartan Race Sarawak 2020 Southeast Asia (SEA) Super Regional Series yang dijangka disertai 4,000 peserta.
Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah 'Spartan Trial' sejauh 10 kilometer (km) dan 21km tanpa halangan di dalam hutan; 'Spartan Sprint' (5km), 'Spartan Super' (10km) dan Spartan Kids bagi kanak berusia empat hingga 13 tahun dengan halangan mini mengikut umur (1km dan 2km).
Manakala, perlumbaan Spartan Race Sarawak 2020 yang kedua diadakan bersempena Bulan Sukan Negara di Stadium Sarawak pada 3 Okt tahun depan dan dijangka disertai 3,000 peserta.
Kategori bagi perlumbaan ini pula ialah 'Spartan Stadion' sejauh 5km dengan 20 halangan sekitar stadium, 'Spartan Kids' (1km dan 2km), dan 'Huriccane Heat' ( 4 jam kem latihan ketahanan).
Abdul Karim berkata ini selepas bandar raya Kuching memenangi pembidaan menganjurkan acara terbabit yang menghimpunkan pemilik dan rakan Spartan Race Asia Pacific mengalahkan Chiang Mai di Thailand.
Menurutnya, perlumbaan pertama kali di negeri itu sebelum ini yang diadakan di Institut Kepimpinan Sarawak, Jalan Semengoh berjaya meraih gelaran laluan paling mencabar di Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman
#gaya hidup
#Institut Kepimpinan Sarawak
#Sarawak
#spartan race
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan