MAURICIO Pochettino mengesahkan dia akan merombak Tottenham Hotspur untuk perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) menentang APOEL, awal pagi esok, dengan memberi peluang kepada pemain muda untuk menyinar.
Tottenham sudah melayakkan diri sebagai pemenang Kumpulan H selepas memungut 13 mata daripada lima perlawanan, yang secara tidak langsung membolehkan Pochettino membuat percaturan berbeza.
Dengan Tottenham hanya memenangi satu daripada lima perlawanan terakhir mereka, Pochettino mendedahkan Luke Amos dan Kazaiah Sterling antara pemain yang akan terlibat menentang pasukan Cyprus terbabit, yang pintu kemaraan mereka sudah tertutup, namun masih layak bersaing dengan Borussia Dortmund untuk tempat ketiga.
"Dele (Alli) akan bermula," katanya. "Kami akan merehatkan beberapa pemain, merombak kesebelasan utama tetapi Dele akan bermain. Dia terlepas tiga perlawanan UCL terdahulu akibat penggantungan, dia perlu bermain.
"Kazaiah dan Luke Amos, mereka bekerja dengan sangat baik dan mereka berkelakuan baik, sebab itu mereka berhak, mereka mempunyai kualiti serta kedudukan yang kami cari untuk membantu pasukan, esok.
"Kami memerlukan pemain tengah seperti Luke Amos dan penyerang seperti Kazaiah Sterling," katanya.
Persembahan terbaik Alli musim ini hadir dalam UCL yang menyaksikan pemain antarabangsa England itu menyumbat gol ke atas Real Madrid dan membintangi kemenangan 2-1 di Dortmund.
Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu hanya menjaringkan satu gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Ogos lalu setelah menghasilkan 18 gol liga pada musim lepas dan Alli mengakui dia sepatutnya tampil lebih baik dalam aksi domestik, baru-baru ini.
"Saya fikir saya adalah pengkritik diri sendiri," kata Alli. "Saya mahu beraksi baik dalam setiap perlawanan dan jika tidak tampil baik, adalah penting untuk saya bekerja keras dan berusaha setiap hari untuk belajar dan memperbaiki diri sebagai pemain.
"Jelas sekali, saya ingin berada di peringkat tertinggi dalam setiap perlawanan dan setiap sesi latihan tetapi saya tidak fikir ia suatu kemungkinan.
"Jadi, saya fikir ia adalah satu peluang yang baik buat saya memahami lebih lanjut tentang diri sendiri sebagai seorang pemain dan manusia, jadi saya bersabar dan saya perlu terus menikmatinya.
"Ia bukan sesuatu yang luar biasa apabila pasukan agak hambar, tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Kami mempunyai pasukan, pengurus dan kakitangan yang hebat, jadi kami tidak sabar untuk beraksi dan meneruskan perjuangan."
Astro Arena
Wed Dec 06 2017
POCHETTINO: Kami memerlukan pemain tengah seperti Luke Amos dan penyerang seperti Kazaiah Sterling. - Gambar fail
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Spurs pertaruhkan barisan kedua hadapi APOEL
Tottenham sudah melayakkan diri sebagai pemenang Kumpulan H selepas memungut 13 mata daripada lima perlawanan, yang secara tidak langsung membolehkan Pochettino membuat percaturan berbeza.