awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sree Abiraame rayakan Deepavali di perantauan pada usia muda

Astro Arena
Astro Arena
04/11/2021
23:20 MYT
Sree Abiraame rayakan Deepavali di perantauan pada usia muda
Sree Abiraame berjanji akan membuat yang terbaik dalam Piala Thomas 2021 di Lithuania bermula minggu depan. - Foto Astro ARENA
ATLET luncur ais cilik negara, C Sree Abiraame, terpaksa merayakan sambutan Deepavali di perantauan buat tahun keempat berturut-turut meskipun pada usia yang terlalu muda.
Anak kecil berusia sembilan tahun itu mula berlatih di Latvia sejak Mac tahun lalu dan memperoleh kejayaan terbarunya dengan memenangi gelaran naib juara Piala Narva di Estonia pada penghujung bulan lalu.
Dia juga telah mengumpulkan lebih 50 pingat emas daripada pelbagai peringkat dan memahat nama dalam Buku Rekod Asia selaku atlet termuda memenangi medal dalam acara luncur ais di peringkat antarabangsa pada 2019.
Walaupun terpaksa merayakan festival itu di luar negara, Sree Abiraame berjanji akan tetap meneruskan usahanya mengharumkan nama negara dan akan membuat yang terbaik dalam Piala Thomas 2021 di Lithuania bermula minggu depan.
"Saya akan terus berlatih bersungguh-sungguh untuk memberikan keputusan terbaik dalam satu lagi pertandingan yang saya akan mewakili negara Malaysia, iaitu dalam Piala Thomas 2021.
"Saya mampu melakukannya," katanya kepada Nadi Arena.
Peluncur cilik Malaysia, Sree Abiraame bertekad akan buat yang terbaik dalam kejohanan di Estonia dan Latvia. You can do it, Abiraame! Good luck ! pic.twitter.com/3MZWbmtA9K
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 4, 2021
Topic Berkaitan
#C Sree Abiraame
#Deepavali
#atlet luncur ais
#Piala Thomas 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan