awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Pahang gugat kedudukan Selangor, Kedah balas dendam

Bernama
Bernama
09/07/2023
16:46 MYT
Sri Pahang gugat kedudukan Selangor, Kedah balas dendam
Dalam aksi di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, KDA FC berjaya membalas dendam apabila mengalahkan PDRM FC 2-0. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sri Pahang FC memberi tentangan sengit kepada Selangor FC dalam carta Liga Super 2023 selepas menang tipis 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada Ahad.
Jaringan tunggal dicipta pemain import Filipina, Kevin Ingreso pada minit ke-50 sudah memadai buat skuad Tok Gajah menyamakan pungutan 34 mata selepas 16 perlawanan di tangga ketiga manakala Selangor di tangga kedua dengan kelebihan jumlah jaringan.
Bagaimanapun, Selangor yang ketinggalan cuba mengandakan usaha bagi memburu gol penyamaan pada babak kedua perlawanan, namun benteng pertahanan skuad tuan rumah kendalian Ahmad Fandi kental sehingga penghujung perlawanan.
Sementara dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya membalas dendam apabila mengalahkan PDRM FC 2-0.
KDA FC sebelum ini tewas 0-1 kepada PDRM FC, Mac lalu.
Pada perlawanan hari ini, gol pendahuluan perlawanan bagaimanapun hanya muncul di minit ke-79 hasil jaringan penalti Ifedayo Olusegun sebelum Lee Tuck menambah jaringan kedua skuad Sang Kenari di masa kecederaan juga menerusi penalti.
Kemenangan tersebut membolehkan KDA FC memintas Sabah FC di kedudukan keempat liga dengan mengutip 31 mata manakala PDRM FC di tangga kelapan dengan 22 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penalti
#PDRM
#Selangor FC
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan