KUALA LUMPUR: Sri Pahang FC mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia selepas meraih kemenangan dengan agregat 5-2, dengan menundukkan skuad Harini FT 2-0 pada aksi kedua pusingan 16, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada Ahad.
Kapten yang juga penyerang skuad Tok Gajah, Kpah Sherman muncul wira pasukan dengan meledak kedua-dua jaringan, sekali gus memastikan kemenangan buat Sri Pahang.
Kemaraan itu sekali gus meletakkan skuad kendalian Fandi Ahmad, bertemu juara empat kali Kuala Lumpur City di pentas lapan terbaik kelak.
Skuad Tok Gajah dilihat lebih menguasai permainan seawal minit perlawanan untuk memburu jaringan, namun hanya mampu memecah kebuntuan pada minit ke-42, hasil gol Kpah Sherman yang membuat sepakan gunting cantik di hadapan gol.
Pada minit ke-51 separuh masa kedua, Kpah sekali lagi meledak gol untuk pasukannya, menjadikan keputusan perlawanan 2-0 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Pada 4 Ogos, Sri Pahang menewaskan Harini FT 3-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Negeri Sembilan.
Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban menyaksikan Negeri Sembilan FC (NSFC) turut berjaya lolos ke suku akhir Piala Malaysia dengan agregat 5-2 setelah menewaskan Kelantan United 4-2 malam Ahad.
Babak pertama menyaksikan NSFC tersentak dengan jaringan seawal tiga minit pasukan lawan hasil rembatan kencang pemain import dari Filipina Jose Porteria, untuk gol pertama Kelantan United namun NSFC tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 1-1 hasil tandukan Casagrande di minit ketujuh.
Skuad kendalian K. Devan menambah duka pasukan lawan dengan jaringan kedua menerusi R. Barathkumar pada minit ke-19, hasil hantaran cemerlang Mahali sebelum pemain import dari Myanmar Hein Htet Aung menambah jaringan ketiga pada minit ke-34.
Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan United merapatkan jurang 2-3 hasil penyudah Indra Putra Mahyuddin yang menerima sepakan penalti pada minit ke-64, menewaskan penjaga gol Mohammad Firdaus Irman Mohd Fadhil.
NFSC yang turut menerima sepakan penalti berada di kedudukan selesa 4-2 selepas pemain import dari Sepanyol Youssef Ezzejiari, menyudah jaringan keempat pada minit ke-87 dan keputusan kekal hingga ke wisel penamat.
Kemenangan itu menjadikan skuad NSFC menempah slot ke suku akhir untuk bertemu juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
NSFC berjaya lolos ke suku akhir Piala Malaysia dengan agregat 5-2 setelah menewaskan Kelantan United 4-2 malam Ahad. - Gambar Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Klopp yakin Liverpool berhak dapat dua sepakan penalti
Perlawanan yang sedang rancak dihentikan seketika pada minit terakhir perlawanan bagi memberi laluan buat pengadil melakukan VAR.
Sri Pahang, NSFC sahkan kemaraan ke suku akhir
Sri Pahang FC mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia selepas meraih kemenangan dengan agregat 5-2, dengan menundukkan skuad Harini FT 2-0 pada aksi kedua pusingan 16.
Wolves tempelak pengadil gagal beri sepakan penalti
Jon Moss, meminta maaf kepada Gary O'Neil dan memberitahunya bahawa Wolves telah dinafikan sepakan penalti dalam kekalahan 0-1 kepada Manchester United.
Sepanyol muncul juara Liga Negara-Negara
Pasukan bola sepak Sepanyol muncul juara UEFA Nations League 2023 selepas menundukkan Croatia 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.
Liga Super: PDRM atasi Kelantan United 2-0, lonjak ke tangga keenam
Skuad Sang Saka Biru tidak menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Dzulfahmi Abdul Hadi seawal minit ke-10.
Serie A: Gol penalti lewat permainan Spezia hukum ketumpulan Inter Milan
Kekalahan itu juga menyaksikan impian Nerazzurri untuk bergelar juara liga musim ini kian berkejauhan.
Arsenal berdepan tuduhan gagal kawal tingkah laku pemain
Mereka mengepung pengadil apabila dia gagal menghadiahkan sepakan penalti selepas percaya bola terkena tangan Jacob Murphy.
Piala Dunia Qatar: Rodrygo mohon maaf, tekad bangkit lebih kuat
Bintang Real Madrid itu menggalas tugas mengambil sepakan penalti pertama Brazil dalam penentuan penalti.
Piala Dunia Qatar: Croatia lakar kejutan singkir Brazil
Croatia akan menentang pemenang antara Belanda atau Argentina yang beraksi dalam satu lagi pertemuan suku akhir pada awal pagi Sabtu.
Penalti diperoleh JDT lemahkan moral pemain KDA FC - Aidil Sharin
Sepakan penalti dan kesilapan pemain pertahanan yang menghadiahkan gol mudah kepada JDT dilihat menjadi faktor KDA FC gagal meraih mata.