awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium

Nazri Kahar
Nazri Kahar
28/10/2023
23:10 MYT
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Reezal Merican bersama Ruben Gnanalingam ketika lawatan rasmi ke Stadium Loftus Road di London pada Sabtu. - Astro AWANI
LONDON: Perbadanan Pembangungan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengumumkan secara rasminya penamaan baharu stadium ikonik kelab bolasepak Queen Park Rangers sebagai MATRADE Loftus Road Stadium.
Pengumuman rasmi berkenaan dibuat oleh pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersama pemilik bersama kelab Queen Park Rangers (QPR) Datuk Ruben Gnanalingam Abdullah, yang juga Ahli Lembaga Pengarah MATRADE ketika lawatan rasmi ke Stadium Loftus Road di London pada Sabtu.
Ketua Pegawai Eksekutif QPR Lee Hoos berkata pihaknya melihat perjanjian ini sebagai tindakan menang-menang termasuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Menerusi kerjasama strategik ini Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 2025–2026.
AWANI Pagi: MATRADE umum sebagai penaja Stadium QPR
MATRADE merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab membangun dan mempromosi eksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.
Reezal melihat perjanjian berkenaan mampu menjadi jambatan yang meningkatkan hubungan dagang antara Britain dengan Malaysia
Reezal menambah lagi, MATRADE akan mengambil peluang kerjasama ini untuk meningkatkan lagi pengiktirafan global sebagai sebuah agensi yang diyakini untuk memperkukuhkan perdagangan Malaysia dengan kerjasama kelab bolasepak ternama seperti QPR.
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa menjangkakan, dengan pendedahan MATRADE di Loftus Road akan meningkatkan lagi jumlah eksport produk dan perkhidmatan keluaran syarikat Malaysia ke United Kingdom dan Eropah.
Nama MATRADE Loftus Road digunakan di stadium itu buat kali pertama apabila The Hoobs melayan kunjungan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/2016 Leicester City pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#MATRADE Loftus Road
#QPR
#Reezal Merican Naina Merican
#Ruben Gnanalingam Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan