SERDANG: Kecekalan atlet bola jaring negara An Najwa Azizan membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menggenggam segulung ijazah pada Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 sidang dua, di sini hari ini.
Atlet berusia 25 tahun itu menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi pada majlis konvokesyen berkenaan yang disampaikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Tuanku Canselor UPM.
"Walaupun banyak perkara terpaksa dikorbankan, tetapi pada akhirnya ia berbaloi," kata pemain posisi 'Goal Shooter' (GS) skuad bola jaring negara itu.
Najwa, yang telah 10 tahun berkecimpung dalam sukan bola jaring, berkata akademik dan sukan seharusnya bergerak seiring sekiranya ingin terus berjaya di masa depan.
"Sebagai atlet, saya kena sedar seorang atlet tidak akan kekal selamanya dalam bidang sukan...kami terdedah kepada risiko kecederaan, jadi pelajaran adalah aset masa depan untuk setiap atlet," katanya.
Dalam pada itu, bekas atlet terjun negara Datuk Leong Mun Yee yang menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Sukan.
Mun Yee berkata, beliau mahu melakar kejayaan bermakna dalam bidang akademik selepas menempa nama di arena sukan.
Sementara itu, graduan orang kurang upaya (OKU) A. Arul Dass, 52, yang memperoleh PhD Bahasa Melayu berkata kekurangan diri bukan alasan untuk membataskan pencapaian.
Katanya golongan OKU perlu membuktikan bahawa mereka juga mampu berjaya walaupun terpaksa menggandakan usaha dan mengerah lebih keringat berbanding orang lain.
"Rezeki masing-masing sudah ditentukan Pencipta, kena usaha lebih untuk capai. Kita perlu ada keyakinan yang kental dan mantap sebagai pendorong kejayaan," katanya yang mempunyai masalah pergerakan selepas menghidap polio ketika berusia dua tahun.
Berkongsi faktor memilih jurusan berkenaan, anak kelahiran Mantin, Negeri Sembilan itu berkata beliau dibesarkan dalam komuniti kaum Melayu malah sering menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa kedua untuk berkomunikasi bersama ahli keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

"Walaupun banyak perkara terpaksa dikorbankan, tetapi pada akhirnya ia berbaloi!" kata an Najwa. - Bernama

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Status atlet tidak halang An Najwa genggam ijazah
"Walaupun banyak perkara terpaksa dikorbankan, tetapi pada akhirnya ia berbaloi!"

Najwa pemain bola jaring pertama berkelana ke luar negara
Pemain bola jaring, An Najwa Azizan bakal menjadi pemain Malaysia pertama berkelana ke luar negara apabila aksinya ditagih sebuah kelab di Australia.

An Najwa dedah rahsia kecemerlangan skuad bola jaring
Antaranya, berlatih dengan pasukan bola jaring lelaki dan menyerap 'semangat' wanita untuk menang pingat emas Sukan SEA.

Bola jaring: Siapa gerangan An Najwa, 'si cantik pemusnah' pasukan lawan
Mari berkenalan dengan An Najwa, 'goal shooter' yang memukau dengan aksi hebat di Sukan SEA.