Suzuki Malaysia Automobile (SMA) baharu sahaja mengeluarkan kenyataan di mana pemilik-pemilik Suzuki Swift terpilih dinasihatkan agar membawa kereta mereka untuk pemeriksaan di pusat servis bertauliah. Langkah ini adalah untuk Kempen Langkah Pencegahan Suzuki dari sekarang sehingga 30 Januari 2015.

Model Swift terpilih yang dimaksudkan adalah varian 1.4-liter yag dihasilkan diantara 12 Mac 2012 hingga 30 Oktober 2014. Komponen khusus yang perlu diperiksa adalah sistem stereng. Jika diperlukan, ia akan ditukar dengan percuma. Tidak ada penjelasan mengenai masalah pada sistem stereng tersebut, atau risiko jika ia tidak diganti.

Pihak SMA menjelaskan bahawa terdapat 6,991 unit Suzuki Swift 1.4-liter yang terlibat di dalam proses ini; 900 daripadanya adalah unit CBU dan 6,090 yang lain telah dipasang di Malaysia. Swift 1.5-liter tidak terjejas dengan isu sistem stereng ini.

Para pemilik yang terlibat perlu mengunjungi pusat servis Suzuki bertauliah untuk pemeriksaan ini. Anda juga boleh menghubungi talian 1-300-88-6699 untuk maklumat lanjut.