ALOR SETAR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu mereka tidak perlu berasa bimbang tentang keselamatan susulan kes serangan melibatkan tiga pemain bola sepak baru-baru ini.
Saifuddin Nasution turut sekali lagi mengingatkan semua pihak agar tidak membuat spekulasi berhubung ketiga-tiga insiden terbabit dan menyerahkan siasatan kepada polis.
"(Sebelum ini, Ketua Polis Negara) Tan Sri Razarudin Husain juga telah memohon supaya tidak dilanjutkan apa-apa juga bentuk spekulasi kerana sudah tentu akan menjejaskan siasatan polis," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hi-Tea Aidilfitri Bersama Persatuan Solidariti Nasional Kedah, di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan akan dilakukan secara menyeluruh khususnya bagi mendapatkan motif kejadian dan mengenal pasti sama ada wujud rancangan untuk menjadikan mana-mana pemain sebagai sasaran.
Saifuddin Nasution turut mengingatkan semua pihak untuk tidak memuat naik hantaran bersifat menanam kebencian dengan menyasarkan pemain di media sosial.
"Jadi kalau kesan daripada hantaran yang berulang-ulang bertujuan untuk membangkitkan kebencian nanti akan ada kelompok yang kemudiannya akan bertindak mengambil tindakan sendiri...tak boleh ada langsung perbuatan untuk mencetuskan spekulasi, itu sudah tentu akan mengganggu siasatan," katanya.
Baru-baru ini arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden pemain kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim, disimbah asid dan disahkan mengalami lecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.
Insiden malang itu adalah yang kedua menimpa pemain negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera kepala dan kaki selepas diserang serta disamun oleh dua individu di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.
Pada Selasa pula, pemain Johor Darul Ta'zim Safiq Rahim diserang di Johor Bahru oleh dua lelaki menaiki motosikal yang bertindak memecahkan cermin bahagian belakang keretanya menggunakan tukul besi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024
Saifuddin Nasution turut mengingatkan semua pihak untuk tidak memuat naik hantaran bersifat menanam kebencian dengan menyasarkan pemain di media sosial. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.