JURULATIH Johor Tigris, Jamaluddin Hassan memilih dua pasukan pilihan, Penang Black Panthers dan Terengganu Turtles untuk beraksi di pentas final dengan syarat tidak memandang rendah keupayaan ATM Guardians dan Kuala Lumpur Thunder dalam saingan menarik separuh akhir Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor, malam ini.
“Berdasarkan prestasi konsisten kedua-dua pasukan dalam aksi STL musim ini, tidak syak lagi Penang Panthers dan Terengganu Turtles akan mara ke final menewaskan lawan masing-masing malam ini.
“Lagipun, kedua-dua pasukan hanya tewas dua kali sahaja sepanjang liga berlangsung dan pengalaman yang dimiliki oleh pemain mereka menjadi kelebihan utama untuk mengatasi cabaran getir ATM Guardians dan Kuala Lumpur Thunder,” katanya.
Jamaluddin yang juga bekas jurulatih kebangsaan memberi ingatan kepada dua pasukan pilihan itu supaya tidak terlalu yakin kerana di peringkat kalah mati ini pasukan underdog (bukan pilihan) akan mempamerkan aksi terbaik untuk mencipta kejutan terbesar.
“ATM Guardians dan Kuala Lumpur Thunder sudah membuktikan kenapa mereka patut dihormati dengan kejayaan melayakkan diri ke separuh akhir. Pemain mereka juga berpengalaman dan tidak mudah mengaku kalah.
“Saya jangkakan satu perlawanan yang sengit dan sukar kerana keempat-empat pasukan akan cuba untuk mencipta sejarah kejuaraan. Pasukan yang gagal menangani tekanan dan sering melakukan kesilapan mudah akan berputih mata,” katanya.
Untuk rekod, aksi separuh akhir Divisyen Perdana malam ini akan mempertemukan Juara Liga, Penang Panthers menentang Juara Bertahan, ATM Guardians manakala pasukan di tangga kedua liga, Terengganu Turtles diundi menentang Kuala Lumpur Thunders.
Astro Arena
Sat Dec 17 2016
Jamaluddin jangkakan satu perlawanan yang sengit dan sukar. - Foto Astro Arena
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
STL: Saya pilih Penang Black Panthers dan Terengganu Turtles ke final - Jamaluddin
Menurut jurulatih Johor Tigris itu, penilaian itu dibuat berdasarkan prestasi konsisten kedua-dua pasukan.